Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Monday, 16 June 2014

kahwin macam tu je ? amanah ? hak pasangan ? ilmu ?

Sekadar perkongsian dari penulis dan nasihat untuk diri..

Islam itu mudah , perkahwinan satu ikatan kepada hubungan yang halal., islamik couple (tanpa kahwin), cinta monyet , semua tu  jauh nun disana. Tak termaktub dalam mana-mana kitab. Yang nak dikongsikan tentang ikatan yang halal.

Mungkin ramai remaja-remaja diluar sana yang berkeinginan untuk berkahwin dan mencari jodoh untuk di bina ‘masjid’ bersama pasangan masing - masing
Persoalan disini.. sejauh mana persediaan untuk kita menghadapi nya.. bukanlah satu perkara yang di pandang rendah.

KE GERBANG PERKAHWINAN

-          sejauh manakah pengatahuan kita tentang hukum-hukum berkisar mahar? Jemputan? Hutang? Adab-adab majlis? , bersanding?, hubungan dalam pertunangan?

-          dari manakah wang yang kita dapat untuk persiapan majlis dan hantaran ?

-          adakah kita mendapat redho ibubapa dalam ikatan yang bakal kita bina?

-          kadang-kadang sesetengah keluarga mengalami beberapa masaalah dengan persetujuan family masing-masing. Bagaimanakah sikap kita? Apakah pendekatan yang kita gunakan?

-          Apakah niat sebenar kita mahukan perkahwinan? ikut kawan? Suka-suka? nafsu? Atau ..yelah dah orang nak,kita kahwin je la ?

Niat Penulis tidaklah untuk membebankan atas persoalan-persoalan tersebut, tetapi seharusnya para remaja sedar dan bersedia untuk menghadapinya. Tidak cukup sekadar hadir ke khursus pra perkahwinan yang hanya mendapat segulung sijil sbgai syarat..

Ramai di kalangan sahabat2 yang datang bertanya tentang persiapan perkahwinan. Bagaimana?dan bagaimana?  Persoalan-persoalan diatas harus dijawab berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh NYA dan diteliti bagi mendapat majlis yang harmoni dan diberkati , insyaAllah. Jangan sampai kita menyesal kemudian hanya kerana perkara yang tak seharusnya terjadi.

TAMATNYA ZAMAN BUJANG

Satu situasi yang tak dapat digambarkan bahagia nya waktu tersebut. Masing- masing mengharapkan kebahagian dan keberkatan dari Allah. Apa yang kita akan hadapi? Dan diperlukan untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut.

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

1.       Agama

Ilma agama penting dalam menguruskan rumah tangga, terutamanya para suami sebgai ketua keluarga,

-          adakah kita mendalami hukum-hukum tentang talak? Ruju’ ? didikan isteri ? hak2 pasangan? Adab-abad dengan keluarga pasangan ?

-          adakah kita mencontohi Rasulullah dalam membina keluarga yang diberkati oleh Nya?

-          Adakah kita menjaga adab-adab di depan khlayak ramai?

Perlunya pembacaan dan mendalami ilmu-ilmu tersebut , mungkin mudah untuk dipelajari tetapi amat sukar untuk diaplikasi.

2.       Keluarga

Hati dan perasaan keluarga harus dijaga walaupun sudah berumah tangga, khursusnya ibubapa kandung.kadang-kadang para suami terlepas pandang tanggungjawab mereka terhadap ibubapa mereka sedangkan hak ibubapa masih di tangan mereka.

Mungkin sukar untuk menjalinkan hubungan yang baru dengan keluarga pasangan , bahkan itulah yang mesti dilakukan.jagalah hubungan dan rapatkanlah setiap kali berpeluang bersama mereka

3.       Ekonomi

Ilmu pengurusan ekonomi juga penting dalam mengurus kewangan keluarga. Adakah disana kita mempunyai hutang uang belum dilansaikan? Kita mempunyai bayaran ansuran ? bagaimana kita nak mendapatkan punca pendapatan ?

Nafkah.kewajipan para suami,hak isteri yang wajib di tunaikan. Persoalannya dalam keadaan punca ekonomi yang ada, bagaimana kita bahagikan?.semua itu dijawab oleh islam melalui quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w jika kita betul-betul memahami..

4.       Anak-anak

Satu kurniaan yang wajib disyukuri.bagaimana bekalan kita dalam mendidik mereka? Adakah kita memahami tentang kelahiran , tempoh penyusuan, tempoh pendidikan, sehingga mereka dewasa kelak? Dan banyak lagi tanggungjwab yang seharusnya dijalan kan dalam mendidik anak-anak. Wallahua’lam.

Begitu banyak persediaan yang perlu kita semua check balik dalam menghadapi kehidupan rumah tangga. Moga-moga kita di bantu dan di berkati oleh Allah dalam menjalani kehidupan ini.. Amin.





_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 14 June 2014

cerminan cinta dalam islam..



Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai.

Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.

Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.

Tetapi bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka .

Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin . cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet! Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta apa namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan. 


Wallahu'alam

_ jom bersama ISLAM_

Thursday, 12 June 2014

Cerita Cinta yang mengharukan…

Cerita Cinta yang mengharukan….

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlahsebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.
Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu.

Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami,
membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan. Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku
bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau
tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.


_ jom bersama ISLAM_

Tuesday, 3 September 2013

sibukkn diri untuk islam..

sibukkn diri untuk islam..

**Memang jika difikirkan dengan fikiran yang singkat kerja-kerja dakwah,tampal poster, usrah, cat banner dan yang seumpama dengannya macam menyusahkan diri."lebih baik aku tidor kat bilik,main futsal,shopping,tumpu study dan bergurau senda dengan kawan-kawan.Ushh best tu!!!Memang boleh hilang stress la..."
Tetapi wahai sahabat seislamku sekalian,adakah tu cara yang terbaik untuk kita hilangkan stress dan menghiburkan hati??Pada masa dan ketika ini musuh-musuh Allah telah melompat keriangan kerana telah berjaya melemahkan umat Islam dengan serangan-serangan yang hebat.Di antaranya ialah VIRUS 5S iaitu sport,skrin,song,smoke and sex.Cukup dengan VIRUS 5S ini mereka telah berjaya menjauhkan umat Islam dengan Al-Quran,lupa dan lalai akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah bumi,memecah belahkan umat Islam,dan sebagainya.
Jesteru itu marilah kita semua jadi insan-insan yang pelik di mata manusia biasa tetapi hebat di sisi Allah SWT dengan menyebukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam.Tak kisahlah kerja tu mudah ataupun susah.Yang penting diri kita ikhlas dalam melakukan gerak kerja kerana Allah SWT.Jika kita tidak menyebukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam maka saya yakin dan percaya kita akan disibukkan dengan perkara-perkara maksiat yang boleh menjauhkan kita untuk mendapat saham yang bernilai di sisi Allah SWT.Semoga Allah akan sentiasa memberikan kepada kita ruang waktu untuk kita bergerak kerja dengan baik dan seterusnya terpilih menjadi insan-insan yang layak di masukkan ke syurga Allah SWT...Ameen..

copy..YDP (MPMUM)

_ jom bersama ISLAM_

Tuesday, 23 July 2013

**Peranan Muslimat dalam mendepani zaman **

Peranan Muslimat dalam mendepani zaman



Dalam arus perkembangan dunia baru dengan cabaran yang sangat hebat, muslimat dilihat agak terkebelakang dalam memacu usaha untuk merealisasikan kebangkitan islam dari pelbagai sudut.
Peranan yang dimainkan oleh muslimat penggerak gerakan islam dilihat masih jauh dari yang diharapkan. Suasana ini perlu diubah untuk mewujudkan kebangkitan yang menyeluruh untuk generasi akan datang

 Golongan muslimat perlu berperanan dalam keluarga dan masyarakat untuk memberi sumbangan dalam masyarakat dan merealisasikan perubahan kepada zaman yang baru Mengaktifkan peranan muslimat dalam masyarakat umum, peranan muslimat dalam masyarakat adalah penting bagi melengkapkan peranan kaum lelaki, antara kerja-kerja yang perlu diaktifkan:
1. Menyedari tanggungjawab mereka dalam kebangkitan ummat
2. Bekerja untuk menghubungkan muslimat dalam segenap bidang dalam masyarakat
3. Memajukan muslimat dalam semua lapangan antaranya ( ilmu-politik-agama-kesihatan-ekonomi-kemasyarakatan)
4. Komited dengan kerjaya dan menjadi contoh dalam masyarakat
5. Menyebarkan ilmu dan pengalaman untuk kesinambungan generasi.
6. Menyedari perancangan dunia barat untuk memisahkan mereka dari budaya dan nilai-nilai murni islam




 Peranan yang perlu diambil berat:
1. Peranan muslimat dalam penyertaan politik:
• meningkatkan kesedaran politik dikalangan ahli keluarga dan masyarakat
• menyertai aktiviti politik samaada peringkat tempatan dan antarabangsa
2. Peranan muslimat dalam kerja-kerja persatuan:
• Mewujudkan persatuan atu NGO yang mampu membela kaum wanita dalam kehidupan seharian
• Mengaktifkan jawatankuasa muslimat dan mengaktifkan peranan muslimat dalam jawatankuasa induk.
• Kerja-kerja aktiviti sosial yang membolehkan muslimat menguasai aktiviti kemasyarakatan.
• Mewujudkan ruang dialog dan perbincangan khusus untuk muslimat
3. Peranan muslimat untuk mengambil bahagian dalam media dalam bentuk yang pelbagai.
• Pembinaan ikon media kalangan muslimat.
• Membina tapak untuk muslimat bersuara dalam pelbagai bidang.



 Ciri-ciri muslimat dalam kebangkitan islam:
Aqidah yang kukuh - rohaniah membangun - akhlak dan tingkah laku yang unggul - mempunyai kemahiran dan ilmu – bersama dalam tanzim dan gerakan- kesihatan dan tubuh badan terjaga - emosi terjaga.
Segala peranan dan tugas ini perlu difahami dan dijayakan oleh muslimat untuk membina generasi yang mampu menghadapi cabaran yang mendatang.

copypaste..
_ jom bersama ISLAM_

Monday, 8 April 2013

aUrAt ke KaKi WaNiTa ? beginikan lebih baik.. =)



 Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita


CREDIT TO : SYAHIRUL.COM


_ jom bersama ISLAM_

Monday, 18 March 2013

KENAPA SEMPITKAN MAHASISWA DENGAN POLITIK??

KENAPA SEMPITKAN MAHASISWA DENGAN POLITIK??

kenapa ? kenpa ? dan kenapa?

                   PRU13 dah dekat. masing-masing TAKUT . para pensyarah "nak sebutkan takut kena tindakan disiplin, kalau tak sebut,student tak faham plak"".. dengerous word.. ( KEBAJIKAN, PERUBAHAN, HIJAU, UNDI,KEZALIMAN. DLL)...huh...dalam subjek atau apa2 matapelajaran.bila nak terangkan sesuatu yang bercanggah dengan kerajaan walau itu fakta BENAR lagi BERSULUH..pom.. tak tersebut..

                 kadang- kadang kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mengecilkan skop POLITIK dalam kalangan remaja. pOLiTIK je.. pas , umno , dap dan DLL.. nak TUBUH  NgO je.. kata sokong kebajikan.
nak buat dakwah lapangan je.. kata hasut masyarakat.. CAME ON la.. ilmu yang pelbagai menjadi kecil jumlahnya..kerana dipersempitkan sesetengah PIHAK.pape pom..sbg mahasiswa yang CELIK dengan DUNIA luar..yang menggunakan pemikiran yang RASIONAL bagi menganalilis YANG mana benar dan \yang mana salah.
         
                kadang-kadang AKU hairan lah.. dalam situasi sekarang..ramai lagi YANG TAK AMBIK endah DENGAN pekembangan ISU negara, dan ummat ISLAM,yang mereka tahu,, belajar, BERKAWAN , bersuka RIA.. MACAM mana dengan umat islam di malaysia, di luar negara,, tak KISAH , apa?? mreka ingat dunia ni DIA je yang duduk?. ingatlah menjadi satu kewajipan MENGAMBIL cakna ISU UMMAT ISLAM.termasuklah isu ummat islam di malaysia yang sekarang ini diTINDAS oleh kerajaan ZALIM..

""BUKA MATA,BUKA HATI. NILAI DIRI NILAI AMAL NILAI DENGAN MATA HATI""'

Tuesday, 9 October 2012

"aNa TeRiMa DeNgAn hATi iKhLaS KeRaNa ALLAH" siri 1


besarnya nikmat Allah..!!

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

indahnya berkahwih..=).


    .Alhamdullh..tanggal 6 syawal / 24 ogos 2012.satu anugerah yang disusun olah Allah kepadaku..menitis air mata bilamana selesainya akad..dengan 2kali lafaz.."aku terima nikahnya dengan ..tersebut..'"..terasa sayu hati.betapa besarnya nikmat yang Allah bagi..dengan mengangkat tangan dan solat sunat .tanda syukur pada mu ya Allah..

    perkenalan pertama di maahad tahfiz itu..rupa2nya menjadi titik tolak kepada pernikahan ini..bijaknya aturan Allah..ketika mana masing-masing sibuk mencapai matlamat ,menamatkan hafazan quran..Allah menemukan kami..tapi..terfikir pada mulanya..adakah dia yang akan menjadi makmumku..solat istikharoh..menjadi penguat keyakinan..dengan mengankat doa..

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

  percaya lah..hati lelaki mana tidak akan tertarik dengan seorang muslimah yang baik bicara dan akhlaknya..Allahuakbar..kadang-kala..bisikan syaitan selalu bermain di fikiran dengan bermatlamat usaha menjerumuskan hati ini ke dalam gerbang maksiat .

   dengan mukjizat Al-quran..Allah lindungi kami..Subhanallah...bahayanya hati jika melekat sesuatu yang disukai..demi tanggungjawab keatas diri..kali pertama berhubung ketika sibuk menyiapkan satu program untuk maahad..susunan Allah..kami sama2 memegang exco dalam perwakilan pelajar..satu "kod" hati diselitkan.."enti,ana selalu tulis or gunakan no ni 0506"(dalam keadaan hati berdebar)..dibals.."untuk apa nta gunakan tu,dan knp?"..terfikir dalam fikiran..adakah muslimah ini faham atau sengaja tidak melayan dengan satu mesej yang tidak berfaedah sebegitu.."sebab ana suka no tue(0506)".dibalas.""maksud anta?"..05 tu bln lahir enti..dan 06 tu bln lahir ana""..muslimah tersebut..terus terdiam..dan tiada apa-apa respon..


  keesokan harinya..satu mesej diterima.."apa maksud anta semalam?"betapa segannya diri ini..untuk menjelaskan kepada seorang yang tidak pernah kenal peribadi ,wajah sebenar,melainkan seorang perempuan yang dikenali kerana tahun yang sama dan terlintas pandang kadang kala..satu mesej dihantar..dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANI RAHIM di dalam hati.. "ana suka enti kerana  Allah.."..masih di dalam ingatan ..mesej itu dihantar sehari sebelum raya qurban..di dalam menyiapkan persediaan untuk membaca khutbah raya haji keeesokannya..muslimah itu membalas.."anta leh bagi ana waktu untuk berfikir?INSYAALLAH pagi esok ana bagi jawapan"...terus membalas"syukran enti"..

   didalam hati..runsing memikirkannya..hanya Allah menjadi pengubat..sempat membaca beberapa surah bagi diminta petunjuk oleh Allah..raya pertama raya ..selesai berkhutbah..satu mesej yang dinanti di terima..""ana mintak maf jika keputusan ana ini tak dapt diterima oleh anta..".ya Allah..betapa kecil hati ini membalas"insyallh APA YANG  DARI ALLAH itulah terbaik bagi ANA"...masj dibalas kembali,,"ANATERIMA ANTA IKHLAS KERANA ALLAH"...subhanallah..munkin ini satu nikmat daro Allah..dan bermula ujian dari Allah..

   pada hari raya aidilfitri.hari kedua kami sekeluarga pergi menziarahi rumahnya..dengan harapan untuk berkenalan dengan lebih dekat..Alhamdullah..pergi dengan status sahabat sepengajian..kami dapat mengiratkan hubungan antara famili..walaupun famili tidak mengetahui tentang tujuan sebenar kami..selepas beberapa \bulan..kami merangcang untuk memberitahu kepada famili masing-masing..saya memberanikan diri untuk meminta no telefon umi muslimah tersebut..dan cuba menelefon.."assalamualaikum makcik,safwan ni.kawan adawiyyah.".."waalaikummslam..oo..kenapa?"..betapa gementarnya hati..untuk berterusterang..tapi cuba meyakinkan diri.."makcik ad katmana?cihat?"dibalas ringkas"alhamdulillah..".."makcik.wan ni suka adawiyyah..."terkejut uminya.."la..makcik taktahu plak..makcik ingat kawan ada je..".".ye.makcik.kalau boleh kami nak ikat (bertunang).sebelum msuk universiti."".dibalas"makcik tak tahu mcammane..kena tanye adawiyyah la"..sjuk hati mendengar jawapan tersebut..Allhamdullh..Allah permudahkakan jalan..

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

insyallah..akan bersambung perkongsian kisah ikatan kami..BIIZNILLAH..






 




Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)