Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

**Peranan Muslimat dalam mendepani zaman **

Peranan Muslimat dalam mendepani zaman



Dalam arus perkembangan dunia baru dengan cabaran yang sangat hebat, muslimat dilihat agak terkebelakang dalam memacu usaha untuk merealisasikan kebangkitan islam dari pelbagai sudut.
Peranan yang dimainkan oleh muslimat penggerak gerakan islam dilihat masih jauh dari yang diharapkan. Suasana ini perlu diubah untuk mewujudkan kebangkitan yang menyeluruh untuk generasi akan datang

 Golongan muslimat perlu berperanan dalam keluarga dan masyarakat untuk memberi sumbangan dalam masyarakat dan merealisasikan perubahan kepada zaman yang baru Mengaktifkan peranan muslimat dalam masyarakat umum, peranan muslimat dalam masyarakat adalah penting bagi melengkapkan peranan kaum lelaki, antara kerja-kerja yang perlu diaktifkan:
1. Menyedari tanggungjawab mereka dalam kebangkitan ummat
2. Bekerja untuk menghubungkan muslimat dalam segenap bidang dalam masyarakat
3. Memajukan muslimat dalam semua lapangan antaranya ( ilmu-politik-agama-kesihatan-ekonomi-kemasyarakatan)
4. Komited dengan kerjaya dan menjadi contoh dalam masyarakat
5. Menyebarkan ilmu dan pengalaman untuk kesinambungan generasi.
6. Menyedari perancangan dunia barat untuk memisahkan mereka dari budaya dan nilai-nilai murni islam




 Peranan yang perlu diambil berat:
1. Peranan muslimat dalam penyertaan politik:
• meningkatkan kesedaran politik dikalangan ahli keluarga dan masyarakat
• menyertai aktiviti politik samaada peringkat tempatan dan antarabangsa
2. Peranan muslimat dalam kerja-kerja persatuan:
• Mewujudkan persatuan atu NGO yang mampu membela kaum wanita dalam kehidupan seharian
• Mengaktifkan jawatankuasa muslimat dan mengaktifkan peranan muslimat dalam jawatankuasa induk.
• Kerja-kerja aktiviti sosial yang membolehkan muslimat menguasai aktiviti kemasyarakatan.
• Mewujudkan ruang dialog dan perbincangan khusus untuk muslimat
3. Peranan muslimat untuk mengambil bahagian dalam media dalam bentuk yang pelbagai.
• Pembinaan ikon media kalangan muslimat.
• Membina tapak untuk muslimat bersuara dalam pelbagai bidang.



 Ciri-ciri muslimat dalam kebangkitan islam:
Aqidah yang kukuh - rohaniah membangun - akhlak dan tingkah laku yang unggul - mempunyai kemahiran dan ilmu – bersama dalam tanzim dan gerakan- kesihatan dan tubuh badan terjaga - emosi terjaga.
Segala peranan dan tugas ini perlu difahami dan dijayakan oleh muslimat untuk membina generasi yang mampu menghadapi cabaran yang mendatang.

copypaste..
_ jom bersama ISLAM_

Monday, 22 July 2013

Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan


Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan


Written by Administrator   
Isnin, 01 September 2008 14:13

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H 

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H 

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H 

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H 

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H 

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H 
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H 

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut

copy n paste.. moga bermanfaaat..
_ jom bersama ISLAM_

Sunday, 4 November 2012

42 NaSiHaT AgAmA =)


بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Thursday, 18 October 2012

SubhanALLH..Hebatnya kUaSa ALLAH!! jom baca..


 Sultan Muhamad al Fateh mencipta kejayaan ketika berusia 21 tahun…


Beliau berjaya memimpin pasukan tenteranya menakluk Kota Konstantinopel lalu menukar namanya kepada Istanbul atau Islam seluruhnya. Selain tentera yang terlatih mereka juga membawa “Meriam Urban” senjata ampuh yang menakutkan Maharaja Constantine dan pasukan tenteranya.

Kejayaan Sultan Muhamad al Fateh memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat (kapal belayar di daratan) masih menjadi tanda tanya sampai sekarang. Setelah berjaya menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar gereja besar Aya Sofya kepada sebuah masjid dengan persetujuan penduduk tempatan dan ketua-ketua paderi.

Apabila sudah dijadikan masjid timbul pula masalah penentuan arah kiblat. Sultan Muhamad al Fateh sembahyang sunat dan berdoa. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke dinding Aya Sofya dan bangunan itu bergerak ke arah kiblat.

Aya Sofya kekal menjadi masjid kebanggaan umat Islam sehingga sampai kepada zaman pemerintahan Mustaffa Kamal Ataturk yang menukarnya kepada sebuah Muzium. Sejak itu tidak kedengaran lagi azan berkumandang dari Aya Sofya dan masjid-masjid lainnya.

Mustafa Kamal Ataturk pernah cuba hendak meruntuhkan menara Aya Sofya supaya tidak menampakkan lagi lambang sebuah masjid. Tetapi anihnya apabila menara itu hendak ditumbangkan dengan menggunakan kren maka seluruh bangunan Aya Sofya bergerak. Kerana bimbang bangunan itu turut runtuh maka menara itu tidak jadi ditumbangkan.

Sultan Muhamad al Fateh bersumpah sesiapa yang menukar keputusannya itu akan mendapat laknat dari Allah. Sumpahan itu menjadi kenyataan selepas Mustafa Kamal Ataturk menukar Aya Sofya kepada Muzium beliau mengidap penyakit misteri, iaitu berasa panas yang melampau, hidung keluar darah tidak henti-henti, gatal seluruh badan, tidak boleh tidur, tidak ada selera makan dan perutnya membusung. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat penyakit itu dan mayatnya tidak di kebumikan hingga sekarang.

Khabarnya usaha sedang dilakukan untuk menukar semula Aya Sofya kepada sebuah masjid. Semoga usaha itu menjadi kenyataan

* Kejahatan Kamal Atartuk membawa padah:

Mayat kamal atartuk diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Oleh Umar Luqman

Tuesday, 16 October 2012

--ReMaJa DaN KeHiDuPaN---

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr: ayat 1-3)

    sebagai satu perkongsian dan pengalaman..jika diperhati..kemana agaknya hala tuju remaja pada hari ini..seolah-olah dunia ini kekal abadi.kerana kelalaian dari mengingati Allah dan hari akhirat..usah pergi jauh..cuba kita lihat dalam kontek seorang mahasiswa , dalam lingkungan umur 20-24 tahun.masih ramai lagi yang memperlekehkan soal ibadat dan hukum agama ..walaupun dalam masa yang sama ,hari menghitung hari mempelajarinya..apa sebab semua ini berlaku..antaranya adalah tiada KEBERKATAN dalam menuntut ilmu..
    apa yang perlu difahami bahawa cahaya Allah itu tidak akan bercampur bersama kekotoran ,yakni maksiat..jika diperhati..mahasiswa hari ini..kurang menekankan ilmu dalam bidang agama.seperti tauhid,feqah,akidah dan lainnya..di sebabkan oleh demikian.tiada asas2 tersebut untuk membawa diri di zaman yang gondak gulana sekarang....ramai yang pakar dalam ilmu dunia,tapi sebahagian sahaja yang mahir dalam ilmu agama..jadi,inilah yang merungsingkan kita,dengan pelbagai masaalah,COUPLE,MEROKOK,TIDAK SOLAT, dan sebagainya.tidak logik sebenarnya ,seorang mahasiswa yang diberi akal fikiran yang cerdik olehAllah,melakukan demikian..
    pertama..ADALAH disebabkan NAFSU itu sendiri.setiap manusia tidak dapat lari dari elemen yang dinamakan nafsu..tetapi.kita sendiri yang mengawal nya.yang berlaku itu adalah kerana nafsu yang mengawal kita,bukan kita yang mengawalnya.masaalah bercinta,couple..cukup MERBAHAYA ..berapa ramai mahasiswa yang melakukan hubungan haram,dating,bergayut..sedangkan mereka tahu semua itu adalah satu dosa disisi islam,telah termaktub di dalam kitab Allah..tapi..kenapa???adakah kurang ILMU AGAMA??atau BUAT TAK FAHAM?? 
   kedua,di sebabkan oleh rakan..mana mungkin sesorang itu tidak akan terkena percikan sifat seorang rakan karib jika selalu bersama nya..jika bersahabat dengan sahabat yang soleh..yang mengajak kepada kebaikan ,so,itu lah yang akan diikuti.tapi.bila mana bersahabat dengan seorang yang mencuri,tidak menghormati guru.,akan begitu juga jadinya,,
   berapa ramai remaja yang bvetul-betul istiqamah dalam SOLAT JEMAAH??berapa ramai yang selalu bersama dalam MAJLIS ILMU???berapa ramai REMAJA yang berusaha mencari ILMU AGAMA??

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 

"KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH..JANGAN JADIKAN KEHIDUPAN KITA SIA-SIA WALAU SESAAT..SAHABAT SEPERJUANGAN MARI SAMA-SAMA MEMPERBETULKAN DIRI DAN SAHABAT2 YANG LAIN DAN BERUSAHA MENGINGATI  ALLAH setiap detik NAFAS KITA,,"wassalam..

Wednesday, 10 October 2012

iNgAt MaTi.....

Mengingatkan Kematian Dan Memperpendekkan Angan-angan

(CEBISAN dari RIYADHUS SHALIHIN...)

Allah Ta'ala berfirman:
"Setiap jiwa itu akan merasakan kematian. Hanyasanya engkau semua itu akan dicukupkan semua pahalamu nanti pada hari kiamat. Maka barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka orang itu benar-benar memperoleh kebahagiaan. Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hartabenda tipuan belaka." (ali-lmran: 185)

"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorangpun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati." (Luqman: 34)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya." (an-Nahl: 61)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Hai sekalian orang beriman, janganlah hartabendamu dan anak-anakmu itu melalaikan engkau semua dan mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh kerugian. Dan nafkahkanlah - untuk kebaikan - sebagian dari apa-apa yang Kami rezekikan kepadamu semua sebelum kematian mendatangi seseorang dari engkau semua, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku mengapa aku tidak Engkau beri tangguh barang sedik'tt waktu, supaya aku dapat memberikan sedekah dan aku dapat dimasukkan dalam golongan orang-orang shalih. Allah samasekali tidak akan memberikan tangguhan waktu kepada sesuatu jiwa jikalau telah tiba ajalnya dan Allah adalah Maha Periksa perihal apa saja yang engkau semua lakukan." (al-Munafiqun: 9-11)

HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W


 Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. menepuk bahuku lalu bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu orang gharib - orang yang berada di suatu negeri yang bukan negerinya sendiri - atau sebagai orang yang melalui jalan."
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma berkata: "Jikalau engkau bersore-sore, maka janganlah engkau menanti-nantikan waktu pagi dan jikalau engkau berpagi-pagi, janganlah engkau menanti-nantikan waktu sore - yakni untuk mengamalkan kebaikan itu hendaklah sesegera mungkin. Ambillah kesempatan sewaktu engkau berkeadaan sihat untuk mengejar kekurangan di waktu engkau sakit dan di waktu engkau masih hidup guna bekal kematianmu." (Riwayat Bukhari)

Dari Ibnu Umar r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidak ada hak seseorang Muslim yang ada sesuatu harta baginya yang hendak diwasiatkan, ia bermalam dua malam, melainkan wasiatnya itu sudah tertulis di sisinya." (Muttafaq 'alaih)
Ini adalah lafaznya Imam Bukhari.
Maksudnya seseorang yang berharta dan ingin memberikan wasiat perihal hartanya itu, hendaklah surat wasiatnya ditulis sesegera mungkin, sebab siapa tahu bahwa ajalnya akan datang pada malam hari sewaktu ia tertidur.

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"Bermalam tiga malam."
Ibnu Umar berkata: "Tidak pernah berlalu semalam pun atas diri saya sejak saya mendengar sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana di atas itu, melainkan wasiatku telah ada di sisiku."

. Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. menggariskan beberapa garis, lalu beliau bersabda:
"Ini adalah angan-angan manusia sedang ini adalah ajalnya. Kemudian di waktu orang itu sedang dalam keadaan sedemikian - yakni angan-angannya masih tetap panjang dan membubung tinggi, tiba-tiba datanglah garis yang terpendek - yakni garis yang memotongnya yaitu kematian." (Riwayat Bukhari)

 Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: "Nabi s.a.w. menggariskan suatu garis berbentuk persegi empat dan menggariskan lagi suatu garis di tengah-tengahnya yang keluar dari kalangan persegi empat tadi, juga menggariskan lagi beberapa garis kecil-kecil yang menuju ke arah garis di tengah-tengah itu dan keluar dari arah tepinya yang tengah, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya meliputi diri manusia tadi,atau memang telah meliputinya. Garis yang keluar dari kalangan ini adalah angan-angannya, sedang garis-garis kecil-kecil ini adalah barang-barang baru yang mendatanginya - yakni apa-apa yang dapat ia ambil dari keduniaan, berupa kebaikan atau keburukan. Jikalau ia terluput dari yang ini - yakni bencana yang satu, tentu ia terkena oleh yang ini - bencana yang lainnya - dan jikalau ia terluput dari yang ini - bencana yang satunya lagi, maka ia tentu akan terkena oleh yang ini - bencana yang lainnya pula." (Riwayat Bukhari)....


Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)