Showing posts with label tip-tip. Show all posts
Showing posts with label tip-tip. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Sejarah penulisan dan pembukuan Al-Quran

Sejarah penulisan dan pembukuan Al-Quran -

Di zaman Rasulullah s.a.w ayat Al-Qur’an yang turun dihafal oleh beliau “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (didadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya” (QS Al-Qiyamah [75] : 17-18).

Oleh karena itu beliau merupakan hafidz (penghafal) Al-Qur’an yang pertama dan maha guru pemberi contoh panutan paling baik bagi para sahabat dalam menghafalnya.



Dalam sahih Bukhary dalam tiga riwayat disebutkan ada tujuh hafidz dari kalangan sahabat yang hafal Al-Qur’an, yaitu :
1. Abdullah bin Mas’ud
2. Salim Bin Ma’qal maula Abu Huzaifah.
3. Mu’az Bin Jabal.
4. Ubay Bin Ka’ab.
5. Zaid Bin Tsabit.
6. Abu Zaid Bin Sakan.
7. Abu Darda’.

Ke-tujuh penghafal Al-Qur’an diatas adalah para sahabat yang hafal Al-Qur’an diluar kepala yang menunjukkan hafalannya dihadapan Nabi dan sanadnya sampai kepada kita melalui riwayat Bukhary. Sedangkan kenyataannya setelah Rasulullah wafat, jumlah penghafal (hafidz) Al-Qur’an dikalangan sahabat terus bertambah.

Untuk melukiskan hal itu dapat diketahui dari keterangan Al-Qurtubi : “Telah terbunuh tujuh puluh orang qari’ pada perang Yamamah; dan terbunuh pula pada masa Nabi sejumlah itu dalam peristiwa pembunuhan di sumur Maa’unah”.

Rasulullah telah mengangkat beberapa penulis Al-Qur’an dari sahabat-sahabat terkemuka, seperti : Ali Bin Abi Thalib, Mu’awiyah Bin Abi Sufyan, Ubay Bin Ka’ab dan Zaid Bin Tsabit. Bila ayat Al-Qur’an turun beliau memerintahkan mereka menuliskannya dan menunjukkan tempat ayat tersebut didalam surat, sehingga penulisan pada lembaran itu membantu penghafalan didalam hati (diluar kepala).

Disamping itu sebagian sahabat menuliskan ayat Al-Qur’an yang turun itu dengan keinginan sendiri tanpa diperintah oleh Nabi. Mereka menuliskan ayat Al-Qur’an pada pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit binatang atau kulit kayu, pelana, potongan tulang belulang binatang. Dalam Al Mustadrak, Hakim meriwayatkan bahwa Zaid Bin Tsabit berkata : “kami menuliskan ayat-ayat Al-Qur’an pada kulit binatang” (sanad sahih menurut syarat Bukhary dan Muslim).

Pada masa Rasulullah s.a.w Al-Qur’an belum dikumpulkan dalam satu mushaf, kerana pada masa kenabian wahyu masih turun dan Rasulullah s.a.w kerapkali menanti turunnya ayat Al-Qur’an, disamping itu terkadang pula terdapat ayat yang nasikh (dihapus).

Susunan atau tertib penulisan Al-Qur’an itu tidak menurut tertib nuzulnya, tetapi setiap ayat turun dituliskan ditempat penulisan sesuai dengan petunjuk Nabi, yaitu beliau menjelaskan bahwa ayat-ayat tertentu harus diletakkan dalam surah yang ditentukan. Al-Khattabi berkata : “Rasulullah tidak mengumpulkan Al-Qur’an dalam satu mushaf karena beliau senantiasa menunggu ayat nasikh terhadap sebagian hukum-hukum atau bacaannya”

Artikel di rujuk http://fajardawn.blogspot.com/2010/11/sejarah-pembukuan-al-quran.html



_ jom bersama ISLAM_

Monday, 6 October 2014

biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah


Berikut adalah biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka semuanya di sini.  Para sahabat Nabi ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Ambillah contoh-contoh baik dan pedoman dari mereka.
1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
11) Bilal bin Rabah
12) Abu Darda’


Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar r.a adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al Khattab r.a adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar r.a adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keIslamannya. Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasululllah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“. 

Saidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“. 

Saidina Ali r.a adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan suami kepada Fatimah az-Zahra (anak perempuan Rasulullah s.a.w). Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali r.a. Beliau menurut Rasulullah s.a.w adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. 

Saidina Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.


Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang pertama menghunus pedang di jalan Allah (fisabilillah). Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!" Beliau adalah salah seorang sahabat terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“. 


Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.


Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.


Saidina Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah.


Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.


Saidina Bilal bin Rabah telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam jangkamasa yang lama.

Saidina Abu Darda’ digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia

Sunday, 22 June 2014

Salaf dan Khalaf


dipetik dari 
http://rafezza.blogspot.com/2012/12/salaf-dan-khalaf-siapakah-mereka.html

Salaf Vs Khalaf ??? 

Kebetulan seorang rakan memohon penjelasan lanjut mengenai golongan Salaf dan Khalaf ini. Maka, ingin saya kongsikan di sini untuk merungkaikan kekeliruan dan menambah baik pemahaman kita terhadap siapakah golongan Salaf  dan Khalaf  ini. Pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada syariah dan sejarah. Terdapat dua generasi yang sangat popular dalam sejarah perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan pertama dikenali sebagai ahli Salaf  dan golongan kedua pula merupakan ahli Khalaf. 

Pengertian Salaf
Dari segi bahasa (etimologi), bermaksud apa yang telah berlalu dan mendahului. Salaf juga bermaksud sekumpulan pendahulu atau suatu kaum yang mendahului dalam perjalanan.Allah Taala berfirman dalam Surah Az-Zukhruff : 55-56, "Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya di laut, dan Kami jadikan mereka sebagai contoh dan pelajaran bagi orang-orang yang terkemudian."

Perkataan ahli Salaf  dari sudut metodologi ( manhaj ) bererti generasi awal Islam yang hidup dalam lingkungan 300 tahun pertama Hijriyah. Ahli Salaf merupakan antara generasi terawal dan utama dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada Rasulullah S.A.W dan para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in yang mewarisi pegangan, fahaman dan penghayatan Islam yang unggul dan benar. Ini adalah berdasarkan apa yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W dalam bidang akidah. Oleh kerana itu, generasi di awal Islam juga dinamakan Salafus Soleh. Sesetengah definisi Salaf  ialah generasi Islam yang hidup dalam lingkungan 500 pertama Hijriyah. Mereka juga dikenali dengan generasi ahli Madinah di mana kehidupan mereka berpaksikan kehidupan generasi para sahabat di Madinah.

Dari perspektif metodologi, pengertian Salaf  tidak berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebenarnya, istilah Salaf mula diketengahkan oleh seorang tokoh Islam terkemuka iaitu Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah (w.728H). Maka, ahli Salaf  dikaitkan secara sebati dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ibnu Khaldun sendiri menggunakan istilah ahli Salaf  yang merujuk kepada Ahli Sunnah dalam Kitab Muqaddimah karangan beliau. 

Ads by OnlineBrowserAdvertisingAd Options
Ads by BlockAndSurfAd Options
Perlu diingatkan, tidak semua Muslim yang berada pada zaman awal Islam atau zaman Sahabat dan Tabi'in yang dapat dikategorikan sebagai ahli Salaf. Misalnya terdapat beberapa tokoh dan pengasas mazhab atau aliran dalam Ilmu Kalam / Ilmu Aqidah seperti Abu Huzaifah Wasil Bin Atha' (w.131H) iaitu pengasasMuktazilah, Ma'bad Bin Abdullah al-Juhani (w.80 H) pengasas aliran ikhtiar yang mutlak iaitu Qadariah, dan Jahm Bin Safwan (w.129 H) yang mengasaskan aliran Jabariah. Mereka tidak dikategorikan sebagai ahli Salaf  kerana pendekatan mereka dalam bidang Akidah sangat berbeza dengan pendekatan Akidah ahli Salaf  yang terdiri daripada para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in pada zaman tersebut.

Manhaj Salaf
Ahli Salaf  tidak mengambil pendekatan lain dalam memahami dan menangani isu Akidah. Mereka berpegang teguh dengan nusus Al-Quran dan As-Sunnah. Bahkan segala permasalahan yang berlaku dirujuk terus kepada Rasulullah S.A.W sendiri, para sahabat, para tabi'in dan tab' tabi'in. .

Ahli Salaf  dari perspektif metodologi tidak berakhir pada generasi pertama Islam. Malahan ia berterusan dan diperjuangkan oleh golongan ulama Imam Empat Mazhab iaitu Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Syafie. Selepas itu lahir pelbagai teori mengenai Akidah, lahir fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik akal tetapi falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat Islam orang-orang yang mahu supaya kembali kepada sumber asal. Mereka muncul pada kurun ke -7 H iaitu Ibnu Taimiyyah dan Ibny Qayyim al-Jawziyyah (w751H) yang merupakan murid beliau. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran Imam Ahmad Bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Maka, bermulalah diketengahkan Salafiyyah (Ibnu Taimiyyah). Golongan Salafiyyah menentang keras golongan yang menghurai ayat-ayat Mutasyabihat.
Pengertian Khalaf 
Ahli Khalaf merupakan gerakan ulama yang menghidupkan dan meneruskan tradisi salaf, menolak bid'ah dan khurafat supaya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Perkembangan zaman terutama dalam pemikiran dan kebudayaan asing telah mula menyelinap masuk ke dalam pemikiran dan kebudayaan umat Islam. Kehadiran golongan Khalaf juga bertujuan untuk menangani permasalahan dalam mentafsirkan sumber agama Islam daripada sebarang penyelewengan dan membersihkan Akidah Islam daripada pemikiran falsafah, ketuhanan Yunani, Batiniah, Tasawuf Falsafi dan kebudayaan lama Parsi daripada terus bertapak dalam masyarakat Islam. 

Manhaj Khalaf 
Dalam memahami isu-isu Akidah, ahli Khalaf berpegang dengan sumber Al-Quran dan As-Sunnah serta menggunakan pendekatan akal dan logik. Biarpun memperkenalkan konsep takwil dalam mentafsirkan nusus atau ayat 'Mutasyabihat', mereka tidak terkeluar daripada wahyu Ilahi kerana mereka tidak mengangkat martabat akal melebihi agama jika dibandingkan dengan aliran pemikiran Muktazilah yang mendahulukan akal daripada nusus agama.

Imam Ghazali adalah di antara tokoh utama yang mempelopori pendekatan Khalaf berdasarkan keadaan dan cabaran yang dihadapi oleh beliau pada zamannya, maka beliau melakukan beberapa perubahan. Pada zaman beliau, pengaruh falsafah ketuhanan Yunani sangat kuat sehingga menarik al-Farabi dan Ibnu Sina dalam perbincangan ini. Maka, untuk menghadapi keadaan ini beliau berpegang dengan nusus Al-Quran dan As-Sunnah serta menggunakan pendekatan logik dan akal. Misalnya, buku beliau Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah yang mengkritik Falsafah Ketuhanan Yunani yang telah mengugat kestabilan Akidah umat Islam pada masa tersebut. Pendekatan Khalaf kemudiannya diteruskan oleh tokoh-tokoh lain seperti al-Shahrastani (w548H), Ahmad al-Iji (w775H), Imam al-Taftazani (791H) dan Muhammad Abduh.

Fahaman Asya'irah dan Maturidiah juga merupakan golongan Khalaf yang menjadikan ilmu logik menggunakan akal sebagai sebahagian daripada perbincangan Akidah. Ini kerana, mereka berhadapan dengan golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya pada zaman mereka yang telah menggugat kestabilan Akidah umat Islam pada ketika itu. Ini memerlukan kepada hujah logik dan falsafah. Namun, mereka tetap mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah di samping menggunakan pendekatan logik akal.

Salaf, Khalaf dan Salafiah 
Manhaj Salaf dinamakan Isbat wa Tafwidh (iaitu menyerahkan ayat-ayat Mutasyabihat itu tetapi menyerahkan maknyanya kepada Allah), manhaj Khalaf dinisbahkan kepada Isbat wa Takwil (iaitu menerima ayat-ayat mutasyabihat itu dengan mentakwil (mentafsirkan) maknanya), dan manhaj Ibnu Taimiyyah (Salafiyah) pula dinisbahkan Isbat wa Tanzih (iaitu menerima ayat-ayat Mutasyabihat tadi dengan zahirnya tetapi dengan mentanzihkan Allah (menyucikan Allah) dari penyerupaan dengan makhluk.


Perbezaan Salaf Dan Khalaf 
Jika diteliti, perbezaan antara ahli Salaf dan Khalaf adalah menerusi ayat 'Mutasyabihat' yang terdapat di dalam Al-Quran. Ayat 'Mutasyabihat' ini mengandungi sifat-sifat Allah yang pada zahirnya mempunyai persamaan dengan sifat-sifat makhluk. Firman Allah Taala dalam Surah Ali-Imran ayat 7, 

Ads by OnlineBrowserAdvertisingAd Options
Ads by BlockAndSurfAd Options
"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. Sebahagian besar daripada Al-Quran itu ialah ayat-ayat 'Muhkamat' (ayat yang tetap, tegas dan nyata serta jelas maksudnya), ayat-ayat 'Muhkamat' itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran, dan yang lain-lain lagi ialah ayat-ayat 'Mutasyabihat'  (ayat yang samar, kurang jelas atau hanya Allah mengetahui maksudnya). Adapun orang-orang yang dalam hatinya cenderung kepada kesesatan, mereka mengikuti yang 'Mutasyabihat' untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata,"Kami beriman kepadanya ( Al-Quran ), semuanya dari sisi Tuhan kami." Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal. 

Kedua-dua ahli Salaf dan Khalaf ini beriman dengan kebenaran ayat 'Mutasyabihat'. Bahkan mereka juga mentanzihkan Allah Taala daripada sebarang persamaan dan penyerupaan dengan makhluk. Namun begitu, perbezaan yang tercetus ialah dari segi memahami maksud ayat 'Mutasyabihat'. 

Misalnya, Surah Thoha, ayat 5 :

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Menurut ayat tersebut, Allah (istiwa') bersemayam di atas Arasy. Bahkan di dalam Al-Quran terdapat ayat yang serupa dalam surah-surah lain seperti al-A'raf (ayat 54), Yunus (ayat 3), ar-Ra'du (ayat 2), al-Furqan (ayat 59), as-Sajdah (ayat 4) dan al-Hadid (ayat 44). Ayat tersebut termasuk dalam ayat-ayat 'Mutasyabihat' yang dapat kita fahami lafaz zahirnya seolah-olah menggambarkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah yang menyerupai makhluk. 

Golongan Salaf berpendapat bahawa yang berhak dan tahu mentakwil atau mentafsirkan ayat-ayat 'Mutasyabihat' ialah Allah Taala sahaja. Ini bermakna mereka mentafwidkan atau menyerahkan kepada Allah Taala hakikat sebenar yang dikehendaki oleh ayat-ayat tersebut tanpa melakukan sebarang takwil. 

Menurut ahli Salaf, istiwa' Allah diyakini tanpa perlu ditafsirkan maknanya. Makna sebenar istiwa' tidak perlulah kita tercari-cari dan tertanya-tanya serta dipertikaikan kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat. Imam Malik apabila ditanya tentang ayat tersebut, beliau menjawab, "Tentang istiwa' Allah telah diketahui kerana Allah sendiri menceritakannya. Namun, bagaimana Allah beristiwa' adalah majhul (tidak diketahui) kerana Allah tidak menceritakannya secara terperinci. Sesiapa yang bertanya tentangnya, menyibukkan diri menyelidikinya maka dia melakukan bid'ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat." Jawapan Imam Malik ini telah memberi gambaran kepada kita mengenai pandangan ahliSalaf terhadap perkara ini secara jelas. 

Menurut Ibnu Kathir dalam tafsir beliau, "ahli Salaf menerima ayat Mutasyabihat sebagaimana ia datang (yakin dengan membacanya sahaja) tanpa takyif (menggambarkan bagaimana Allah beristiwa'), tanpa tamsil(menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til (menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayat). Namun, makna zahir ayat seperti mana yang tercetus di dalam pemikiran golongan Musyabbihin(golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna tersebut kerana Allah Taala tidak menyerupai mana-mana makhluk. ( Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-A'raf ayat 54 ) 

Golongan Khalaf pula mentakwilkan pengertian ayat 'Mutasyabihat' dengan pengertian yang sesuai dengan Allah Taala dan dapat difahami oleh akal. Maka pendekatan yang dikemukakan oleh Khalaf bertujuan menjamin kefahaman umat Islam supaya mantap dan subur daripada sebarang penyelewengan. Menurut ahli Khalaf,makna zahir istiwa' ialah istaqarra dan a'la iaitu menetap di atas sesuatu atau meninggi di atas sesuatu. Makna ini jika menurut Khalaf seolah-olah Allah itu bertempat dan berarah seperti makhluk. Maka, hendaklah digunakan makna majaz yang menunjukkan perumpamaan atau makna yang tersirat iaitu malika yang bermaksud menguasai, memiliki yakni Allah Ar-Rahman memiliki dan menguasai Arasy-Nya dan bukanlah Allah itu bertempat atau berarah.

Kesimpulan 
Kedua-dua manhaj Salaf dan Khalaf dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah sama. Bahkan kedua-dua pendekatan Salaf dan Khalaf  adalah sesuai menjadi pegangan menurut keadaan dan tingkat kefahaman umat Islam sendiri. Pada dasar lain, Salaf, Salafiah dan Khalaf masing menerima dan mengimani ayat-ayatMutasyahibat cuma manhaj mereka berbeza. Kita mengambil pandangan Dr Muhammad al-Buty (1397 H) dalam kitabnya Kubra al-Yakiniyat al-Kauniyah bahawa manhaj Salaf adalah terbaik pada masanya, lebih selamat dan selari dengan iman semula jadi yang berpaksi di minda serta hati. Manhaj Khalaf pula adalah suatu yang kita tidak boleh lari daripadanya dalam menghadapi cabaran aliran pemikiran yang berbeza serta wacana ilmiah yang bersesuaian dengan perkembangan dunia yang pelbagai ragam dan kaedah. 

Wallahu'alam. 

Sumber Rujukan 
1. Ahli Sunnah Waljamaah Pemahaman Semula, Abdul Shukor Haji Husin, 30-37. 
2. Fahaman dan Ideologi Umat Islam, Abdul Hadi Awang, 14-15, 25-26
3. Al-I'tiqad wa al-Hidayah Ila Sabil ar-Rasyad, Imam al-Baihaqi, 120
4. Syarh al-'Aqidah al-Wasitiyyah, Syeikh Muhammad Bin Soleh al-'Utsaimin, 335. 

_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 21 June 2014

Sejarah Perbezaan Pendapat dikalangan Umat Islam

assalamualaikum

dipetik dari 

KAJIAN KESAN PERBEZAAN ALIRAN MAZHAB
KE ATAS KESATUAN MASYARAKAT ISLAM
KAJIAN KES : PELAJAR DAN STAF UTM

Sejarah berlakunya Perbezaan Pendapat dikalangan Umat Islam 


Perbezaan pendapat atau hukum adalah perkara biasa dalam mana-mana perundangan 

yang mana diasaskan kepada amalan serta adat resam mereka, kerana amalan atau adapt resam 

itu berbeza mengikut cara berfikir manusia yang berbeza. (Dr Kassim Salleh 1989) 



Ketika Rasulullah SAW masih hidup, perbezaan dan percanggahan pendapat tidak 

wujud sama sekali keran sekiranya terdapat persoalan yang timbul, mereka akan segera 

meminta penjelasan dari Rasulullah SAW dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW 

akan diikuti oleh para sahabat. Namun apabila baginda telah wafat dan dimana wahyu telah 

terputus, yang masih tertinggal dikalangan umat Islam ketika itu ialah al-Quran dan As-sunnah 

yang menjadi pegangan umat Islam dalam memutuskan sesuatu hukum. jika sebelum ini 

mereka akan mendapatkan pandangan dari Rasulullah SAW, tetapi pada masa ini, mereka 

terpaksa menggunakan kaedah pengambilan hukum yang lain sama ada dengan menemui para 

sahabat Rasulullah SAW, Ijma’ , dan Al-Qias. 



Selepas zaman sahabat Rasulullah berakhir, muncul pula zaman tabi’in. Pada masa ini 

telah wujud pusat-pusat pengajian yang terkenal seperti di Kufah, Hijaz dan Mesir. Setiap 

orang alim ini akan dikelilingi oleh murid-murid mereka untuk mempelajari hadis dan 

mengembangkan di seluruh pelusuk daerah. Pada masa ini, lahirlah Imam Abu Hanifah di 

Kufah, Madinah sementara Imam Malik pula di Awza’e di Syam dan Al- Laith bin Sa’ad di 

Mesir. Kemudian selepas itu, datang pula peringkat kedua iaitu Imam As-Syafie, Imam Ahmad 

bin Hambal dan Daud bin Ali. Selepas itu, masih ada zaman ijtihad lagi tetapi kemudiannya 

umat Islam mula cenderung untuk mengikuti mazhab yang telah disusun oleh para imam 

muktabar tersebut. ketika itulah lahir para pengikut mazhab-mazhab empat yang terkenal iaitu 

Hanbali, Hanafi, Syafie dan Maliki. (Dr Kassim Salleh 1989).




_ jom bersama ISLAM_

Monday, 16 June 2014

kahwin macam tu je ? amanah ? hak pasangan ? ilmu ?

Sekadar perkongsian dari penulis dan nasihat untuk diri..

Islam itu mudah , perkahwinan satu ikatan kepada hubungan yang halal., islamik couple (tanpa kahwin), cinta monyet , semua tu  jauh nun disana. Tak termaktub dalam mana-mana kitab. Yang nak dikongsikan tentang ikatan yang halal.

Mungkin ramai remaja-remaja diluar sana yang berkeinginan untuk berkahwin dan mencari jodoh untuk di bina ‘masjid’ bersama pasangan masing - masing
Persoalan disini.. sejauh mana persediaan untuk kita menghadapi nya.. bukanlah satu perkara yang di pandang rendah.

KE GERBANG PERKAHWINAN

-          sejauh manakah pengatahuan kita tentang hukum-hukum berkisar mahar? Jemputan? Hutang? Adab-adab majlis? , bersanding?, hubungan dalam pertunangan?

-          dari manakah wang yang kita dapat untuk persiapan majlis dan hantaran ?

-          adakah kita mendapat redho ibubapa dalam ikatan yang bakal kita bina?

-          kadang-kadang sesetengah keluarga mengalami beberapa masaalah dengan persetujuan family masing-masing. Bagaimanakah sikap kita? Apakah pendekatan yang kita gunakan?

-          Apakah niat sebenar kita mahukan perkahwinan? ikut kawan? Suka-suka? nafsu? Atau ..yelah dah orang nak,kita kahwin je la ?

Niat Penulis tidaklah untuk membebankan atas persoalan-persoalan tersebut, tetapi seharusnya para remaja sedar dan bersedia untuk menghadapinya. Tidak cukup sekadar hadir ke khursus pra perkahwinan yang hanya mendapat segulung sijil sbgai syarat..

Ramai di kalangan sahabat2 yang datang bertanya tentang persiapan perkahwinan. Bagaimana?dan bagaimana?  Persoalan-persoalan diatas harus dijawab berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh NYA dan diteliti bagi mendapat majlis yang harmoni dan diberkati , insyaAllah. Jangan sampai kita menyesal kemudian hanya kerana perkara yang tak seharusnya terjadi.

TAMATNYA ZAMAN BUJANG

Satu situasi yang tak dapat digambarkan bahagia nya waktu tersebut. Masing- masing mengharapkan kebahagian dan keberkatan dari Allah. Apa yang kita akan hadapi? Dan diperlukan untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut.

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

1.       Agama

Ilma agama penting dalam menguruskan rumah tangga, terutamanya para suami sebgai ketua keluarga,

-          adakah kita mendalami hukum-hukum tentang talak? Ruju’ ? didikan isteri ? hak2 pasangan? Adab-abad dengan keluarga pasangan ?

-          adakah kita mencontohi Rasulullah dalam membina keluarga yang diberkati oleh Nya?

-          Adakah kita menjaga adab-adab di depan khlayak ramai?

Perlunya pembacaan dan mendalami ilmu-ilmu tersebut , mungkin mudah untuk dipelajari tetapi amat sukar untuk diaplikasi.

2.       Keluarga

Hati dan perasaan keluarga harus dijaga walaupun sudah berumah tangga, khursusnya ibubapa kandung.kadang-kadang para suami terlepas pandang tanggungjawab mereka terhadap ibubapa mereka sedangkan hak ibubapa masih di tangan mereka.

Mungkin sukar untuk menjalinkan hubungan yang baru dengan keluarga pasangan , bahkan itulah yang mesti dilakukan.jagalah hubungan dan rapatkanlah setiap kali berpeluang bersama mereka

3.       Ekonomi

Ilmu pengurusan ekonomi juga penting dalam mengurus kewangan keluarga. Adakah disana kita mempunyai hutang uang belum dilansaikan? Kita mempunyai bayaran ansuran ? bagaimana kita nak mendapatkan punca pendapatan ?

Nafkah.kewajipan para suami,hak isteri yang wajib di tunaikan. Persoalannya dalam keadaan punca ekonomi yang ada, bagaimana kita bahagikan?.semua itu dijawab oleh islam melalui quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w jika kita betul-betul memahami..

4.       Anak-anak

Satu kurniaan yang wajib disyukuri.bagaimana bekalan kita dalam mendidik mereka? Adakah kita memahami tentang kelahiran , tempoh penyusuan, tempoh pendidikan, sehingga mereka dewasa kelak? Dan banyak lagi tanggungjwab yang seharusnya dijalan kan dalam mendidik anak-anak. Wallahua’lam.

Begitu banyak persediaan yang perlu kita semua check balik dalam menghadapi kehidupan rumah tangga. Moga-moga kita di bantu dan di berkati oleh Allah dalam menjalani kehidupan ini.. Amin.





_ jom bersama ISLAM_

Sunday, 15 June 2014

TuGaS MUSLIMAH DaLaM PEMBENTUKAN UmMaH ..


dikingsi dari  kitab al mu'minah as-solehah,,
penyunting : Mustafa ramadhan

TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.


MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH

Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN

Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya. Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah.

 Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan ALlah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang be-tul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana ALlah SWT sematamata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu. 

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita. Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat?

Di dalam al-Quranul karim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa
meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA

Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat, nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk

berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T. Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayatayat Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." 

Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. 

Pertimbangkan dengan cara yang cukup sederhana."Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembaziran di dalam kebaikam." Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.

"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan." Islam adalah Deen WASOT (pilihan). "ItulahKamijadikankamu umat pilihan."

Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlalu-an di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidi-na Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan itu berdasarkan kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendak ditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARARAT

Yang keempat ialah tanggungjawab terhadap masyarakat. Kalau tidak ada perhubungan dengan masyarakat — kita berpisah daripada masyarakat — maka akan lahirlah masyarakat itu masyarakat yang tidak ada unsur-unsur Islam. Kita mesti bersama-sama dengan mereka dan melahirkan tindakantindakan Islam supaya masyarakat itu lahir dengan amalan Islam. Oleh itu kita perlu berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tidak takut kepada ugutan dan gangguan kerana menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tetapi di dalam usaha untuk menegakkan kebenaran ini banyak ujian-ujian itu datangnya dari orang-orang yang mengaku mereka itu hendak membuat kebaikan kepada manusia. 

Dalam usaha ataupun kerja-kerja terhadap masyarakat — dalam rangka membentuk masyarakat Islam yang belum lagi wujud — perjuangan seorang wanita Islam adalah sangat besar, perjuangannya untuk memahami fikrah yang betul, untuk menyampaikannya kepada orang lain, untuk bertindak melaksanakannya, untuk bergiat di dalam harakah dengan bersungguhsungguh.

Wanita-wanita yang tidak ada SAQAFAH ISLAMIAH sangat banyak, mulaiyin (berjuta-juta) di kalangan orang yang mendakwa diri mereka orang Islam. Ini memerlukan tervaga yang besar dari orang-orang yang sedar untuk memberi ilmu yang betul kepada mereka. Tidak takut dan tidak gentar kepada ugutan dan azab seksaan orang lain.


_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 14 June 2014

iKaTaN CiNtA DaLaM jEmAaH

"....Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan dosa dan pelanggaran hukum...." (Q.S. Al-Maidah 2).

Bagaimana kita melaksanakan perintah ALlah ini kalau kita tidak saling mengenal maupun satu sama lain? Jadi kedua tahapan ukhuwah merupakan pre-requisite untuk tahapan takaaful ini.

Dalam harakah Islamiyah, terbinanya ukhuwah Islamiyah berperan penting sekali demi keberhasilan da'wah. Imam Syahid Hasan Al Banna menjadikan ukhuwah Islamiyah ini sebagai salah satu dari 10 tiang bai'ah dalam organisasi da'wah yang beliau bina. Beberapa ungkapan beliau yang mungkin dapat kita kaji dalam membentuk ukhuwah Islamiyah adalah sebagai berikut:

v Kekuatan jama'ah, sebagaimana organisasi-organisasi secara umumnya, adalah terletak pada kekuatan ikatan para anggotanya.

v Tiada ikatan yang lebih kuat dalam hal ini selain ikatan "cinta" yang didasarkan pada aqidah Islam.

v Tingkatan daripada "ikatan cinta" ini yang paling lemah adalah kebersihan hati kita terhadap Akh kita (yakni dari segala macam penyakit hati, seperti buruk sangka, iri-dengki, congkak, tamak, dll.).

v Tingkatan yang paling tinggi daripada "ikatan cinta" ini adalah mendahulukan Akh kita dan kepentingannya sebelum kita dan kepentingan kita.

Akhirnya, ana hendak menutup uraian tentang ukhuwah Islamiyah ini dengan sekali lagi menguraikan betapa pentingnya ukhuwah Islamiyah ini bagi kita sendiri sebagai individu Muslim. Kita semua tahu kan agama Islam adalah agama Allah. Dan Allah telah menjanjikan kelanggengan Islam. Jadi, apa kita mau menjalin ukhuwah Islamiyah atau tidak, Islam akan tetap jaya dan da'wah Islam akan berjalan terus. Tetapi kita tidak bisa hidup tanpa ukhuwah Islamiyah. Ibaratnya sekelompok biri-biri di pinggir hutan. Seekor serigala hanya akan mampu menangkap seekor biri-biri yang terpencar dari kelompoknya.

_ jom bersama ISLAM_

cerminan cinta dalam islam..



Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai.

Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.

Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.

Tetapi bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka .

Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin . cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet! Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta apa namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan. 


Wallahu'alam

_ jom bersama ISLAM_

Thursday, 12 June 2014

apa Hukum Cium Tangan ?



Hukum Cium Tangan

Oleh : Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin*

Menurut kami, mencium tangan orang yang memiliki keutamaan seperti orang tua, ulama, guru dan lainnya adalah boleh, dalam rangka menghormati dan bersikap sopan kepada mereka.

Ibnu Al Arabi (bukan Ibnu Arabi tokoh sufi/filsafat !) telah menulis risalah tentang hukum cium tangan dan sejenisnya, dan sebaiknya merujuk kepada risalahnya.

Bila mencium tangan itu dilakukan terhadap kerabat – kerabat yang lebih tua atau orang – orang yang memiliki keutamaan, ini berarti sebagai penghormatan, bukan menghinakan diri bukan pula pengagungan.

Kami dapati sebagian Syaikh kami mengingkari dan melarangnya, hal itu karena sikap rendah hati mereka, bukan berarti mereka mengharamkannya. Wallahu a'lam.

Maraji'

Fatwa – fatwa Terkini Jilid 3, Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2004 M, hal. 91-92


*Beliau salah satu murid Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Ba_ jom bersama ISLAM_

Muhammad Al Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk?


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Sila lawat

http://cetusan-hati.blogspot.com/


_ jom bersama ISLAM_

Sujud Kepada Manusia ??



Hukum Sujud Kepada Manusia


Sujud kepada manusia itu ada dua macam
,
Pertama, sujud ibadah itulah sujud yang bertujuan mendekatkan diri kepada manusia. Ini jelas kemusyrikan


Kedua, sujud penghormatan dan pemuliaan kepada manusia yang sujud itu ditujukan kepadanya semisal sujudnya para saudara nabi Yusuf kepada Yusuf dan sujud Muadz kepada Nabi. Sujud jenis kedua ini mubah dalam syariat para nabi terdahulu lalu diharamkan dalam syariat kita bahkan dinilai sebagai bagian dari dosa besar.


Sedangkan bersujud kepada benda yang tidak bisa kita bayangkan sama sekali bahwa benda semacam itu layak mendapatkan penghormatan dan pemuliaan semisal sujud kepada patung atau matahari atau semisalnya maka ini adalah kemusyrikan yang nyata.
An Nawawi asy Syafii mengatakan,


وأما ما يفعله عوام الفقراء وشبههم من سجودهم بين يدي المشايخ وربما كانوا محدثين فهو حرام بإجماع المسلمين


“Adapun kelakuan orang-orang sufi yang awam atau orang awam lain semisal mereka yang bersujud kepada para kyai atau ustadz sufi atau boleh jadi pakar hadits maka itu adalah perbuatan yang hukumnya haram dengan sepakat seluruh kaum muslimin”.


وسئل ابن الصلاح عن هذا السجود الذي قدمناه فقال (( هو من عظائم الذنوب ونخشى أن يكون كفراً.))


Ibnu Shalah asy Syafii ditanya mengenai sujud sebagaimana yang telah kami sampaikan di muka, jawaban beliau, “Itu terhitung dosa besar dan kami khawatir itu tergolong kekafiran” [al Majmu 2/44, pada topik bahasan menyentuh mushaf dalam kondisi berhadats] Ketika membahas berbagai perbuatan dan perkataan yang membatalkan keimanan, Ibnu Hajar al Haitami asy Syafii mengatakan,


(( ومنها ما يفعله كثيرون من الجهلة من السجود بين يدي المشايخ إذا قصدوا عبادتهم أو التـقـرب إليهم.لا إن قصدوا تعظيمهم أو أطلقوا فلا يكون كفراً بل هو حراماً قطعاً ))


“Diantara pembatal iman adalah perbuatan banyak orang-orang bodoh yang bersujud di hadapan kyai. Ini adalah pembatal keimanan jika maksud sujud adalah ibadah dan mendekatkan diri kepada mereka, para kyai tersebut. Jika maksud sujud adalah menghormati atau tanpa maksud yang jelas maka hal itu bukanlah pembatal keimana namun jelas perbuatan yang hukumnya haram” [al I’lam bi Qawathi’il Islam].


Dasar pelarangan sujud penghormatan kepada manusia adalah sabda Nabi,
لو كنت آمر أحداً أن يسجد لأحد لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها
“Seandainya boleh kuperintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang maka niscaya kuperintahkan isteri untuk bersujud kepada suaminya” [HR Tirmidzi dari Abu Hurairah].

Tidaklah diragukan bahwa sujud penghormatan kepada sesama manusia adalah hal yang haram dan terlarang dan termasuk jalan dan sarana menuju kemusyrikan.


Jadi sujud kepada manusia dalam rangka memberikan penghormatan dan bukan karena ibadah adalah bid’ah yang sesat. Sedangkan jika dilakukan karena ibadah dan memohon perlindungan maka itu adalah kemusyrikan.

Sehingga hukum sujud kepada manusia perlu mendapatkan rincian. Jika dalam rangka menghormati maka hukumnya adalah dosa dan maksiat karena menghormati manusia adalah hal yang mungkin untuk dibayangkan. Namun jika dalam rangka ibadah maka itu adalah kekafiran dan kemusyrikan dengan sepakat ulama.


Sumber:


http://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?p=152560#post152560

_ jom bersama ISLAM_

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)