Showing posts with label terima. Show all posts
Showing posts with label terima. Show all posts

Monday, 6 October 2014

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. 
Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t.melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."



_ jom bersama ISLAM_

Sunday, 15 June 2014

TuGaS MUSLIMAH DaLaM PEMBENTUKAN UmMaH ..


dikingsi dari  kitab al mu'minah as-solehah,,
penyunting : Mustafa ramadhan

TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.


MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH

Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN

Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya. Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah.

 Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan ALlah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang be-tul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana ALlah SWT sematamata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu. 

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita. Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat?

Di dalam al-Quranul karim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa
meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA

Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat, nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk

berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T. Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayatayat Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." 

Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. 

Pertimbangkan dengan cara yang cukup sederhana."Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembaziran di dalam kebaikam." Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.

"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan." Islam adalah Deen WASOT (pilihan). "ItulahKamijadikankamu umat pilihan."

Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlalu-an di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidi-na Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan itu berdasarkan kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendak ditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARARAT

Yang keempat ialah tanggungjawab terhadap masyarakat. Kalau tidak ada perhubungan dengan masyarakat — kita berpisah daripada masyarakat — maka akan lahirlah masyarakat itu masyarakat yang tidak ada unsur-unsur Islam. Kita mesti bersama-sama dengan mereka dan melahirkan tindakantindakan Islam supaya masyarakat itu lahir dengan amalan Islam. Oleh itu kita perlu berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tidak takut kepada ugutan dan gangguan kerana menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tetapi di dalam usaha untuk menegakkan kebenaran ini banyak ujian-ujian itu datangnya dari orang-orang yang mengaku mereka itu hendak membuat kebaikan kepada manusia. 

Dalam usaha ataupun kerja-kerja terhadap masyarakat — dalam rangka membentuk masyarakat Islam yang belum lagi wujud — perjuangan seorang wanita Islam adalah sangat besar, perjuangannya untuk memahami fikrah yang betul, untuk menyampaikannya kepada orang lain, untuk bertindak melaksanakannya, untuk bergiat di dalam harakah dengan bersungguhsungguh.

Wanita-wanita yang tidak ada SAQAFAH ISLAMIAH sangat banyak, mulaiyin (berjuta-juta) di kalangan orang yang mendakwa diri mereka orang Islam. Ini memerlukan tervaga yang besar dari orang-orang yang sedar untuk memberi ilmu yang betul kepada mereka. Tidak takut dan tidak gentar kepada ugutan dan azab seksaan orang lain.


_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 14 June 2014

cerminan cinta dalam islam..



Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai.

Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.

Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.

Tetapi bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka .

Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin . cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet! Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta apa namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan. 


Wallahu'alam

_ jom bersama ISLAM_

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)