Showing posts with label celik. Show all posts
Showing posts with label celik. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Cerita Cinta yang mengharukan…

Cerita Cinta yang mengharukan….

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlahsebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.
Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu.

Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami,
membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan. Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku
bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau
tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.


_ jom bersama ISLAM_

Wednesday, 11 June 2014

AL-QURAN pEnCeTUs iNoVaSi



“AL-QURAN PENCETUS INOVASI (CIPTAAN BARU) ”

Manusia adalah makhluk pilihan Tuhan yang memiliki potensi dan kemampuan yang begitu besar. Kekuatan pemikiran manusia merupakan salah satu keistimewaan yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan kekuatan pemikiran ia boleh menemukan dan menciptakan inovasi atau perkara-perkara baru bagi memperbaiki taraf hidupnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangan di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin di Madinah, zaman pemerintahan Umawi di Damsyik dan zaman kerajaan Abbasiyah di Bahgdad. Kerajaan-kerajaan ini menjalankan dasar Islam sebagai agama pembawa rahmat dan menyebarkan Islam sehingga dapat menguasai satu pertiga dunia yang meliputi Semenanjung Tanah Arab, Parsi, sebahagian Empayar Rom, Afrika Utara, Sepanyol, Perancis dan Turki. Namun kegemilangan Islam pembawa rahmat ini tidak dapat bertahan, kerana umat Islam pada ketika itu dilanda masalah dalaman dan tekanan dari luar, pemerintahan yang tidak cekap, mabuk dengan kemewahan dan hidup dengan keseronokkan, lupa diri daripada mengingati Allah SWT.

Kita merasa amat sedih sekali, kerana kegemilangan Islam yang kita bangga-banggakan hanya tinggal kenangan. Keadaan inilah yang membawa seorang pemikir Islam masa kini Prof. Dr.Mahmoud Hamdi Zaqzuq dari Mesir menyifatkan umat Islam hari ini sebagai umat dilema dalam dunia yang penuh misteri dan beliau melontarkan pertanyaan: Bagaimana perkara ini boleh terjadi kepada satu umat di mana kitab suci mereka sejak awal-awal lagi menekankan arahan membaca, menggesa mencari ilmu, dan penggunaan wahana ilmu qalam, malah menyentuh tentang manusia pendukung dan penyebar ilmu?

Al-Quran sebagai pencetus inovasi telah menyatakan beberapa isyarat yang boleh memberi sinar cahaya di jalan yang kita lalui. Banyak ayat-ayat al-Quran memberi tumpuan utama kepada akal manusia sebagai kunci kepada ilmu pengetahuan, penyelidikan dan kajian yang menyentuh tentang alam dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 25:

Maksudnya : Dan kami telah menciptakan besi yang padanya ada kekuatan dan berfaedah bagi manusia dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”.

Firman Allah lagi dalam surah Ali-Imran ayat 190:

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-oang yang berakal.”.

Al-Quran bukan saja mengesa umatnya supaya menggunakan kekuatan akal dalam melakukan penelitian dan penyelidikan terhadap alam dunia ini, malah mengajak umatnya menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa yang terjadi dan merenung mengenai hakikat kejadian dan hubungan dengan diri manusia sebagai sumber terbaik mencipta inovasi.

Dalam kehidupan umat terdahulu dan masa kini, sains dan teknologi memain peranan besar dalam kehidupan manusia. Inovasi dan kreatif dalam bidang ini menjadi penyumbang kearah kemajuan sesuatu umat dan negara. Dalam usaha ini kita bukan bermula dari kosong bahkan kita sudah ada simpanan kemajuan sebagai contoh yang diakui oleh sejarah tentang keagungan dan kegemilangannya. Kita ada tokoh sains dan teknologi seperti al-Khawarizmi, al-Mas’udi, Jabir Ibnu Hayyan, Ibnu Bajjah, Ibnu al-Nafis, Ibnu Haitham serta ramai lagi. Mereka ini bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan bahkan seorang hufaz atau penghafal al-Quran yang memahami isi kandung al-Quran itu sendiri. Namun persoalannya adakah nama-nama agong ini hanya sekadar nama yang dikenang dalam lipatan sejarah dan gambar-gambar mereka ini tergantung di dinding-dinding rumah sebagai tatapan.

Kita dituntut membina kekuatan jihad yang tinggi demi membangunkan semula keutuhan ilmu dan pendidikan yang mampu mengimbangi cabaran teknologi dan ancaman globalisasi serta faktor-faktor sezaman. Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa generasi sekarang ini dilahirkan dengan suasana pendedahan pelbagai inovasi dan persaingan sengit di peringkat antarabangsa. Terdapat perkaitan yang kuat bahawa bangsa yang berinovasi akan mendahului zaman dan maju ke depan meninggalkan bangsa yang lain. Kita merasa bangga sekiranya umat Islam hari ini diiktiraf sebagai umat yang inovatif, kreatif dan produktif dimana atas usaha ini setiap inci bumi dan manusia akan mendapat rahmat Allah SWT . Rasulullah bersabda dalam hadithnya:

Maksudnya : Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanafaat kepada orang lain.”(Riwayat at-Tabarani)

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai tetapi berkeadaan seperti buih di lautan, kerana lemah dan tidak berdaya saing. Selari dengan peringatan Islam bahawa umat Islam adalah sebaik-baik umat, maka marilah kita berusaha mengembalikan hak-hak umat Islam yang telah hilang atau terlepas dari gengaman tangan umat Islam suatu ketika dahulu. Tokoh Islam Malik bin Nabi berkata: “Kemunduran yang dideritai oleh umat Islam hari ini bukan sebab Islam seperti yang di wawarkan itu, ini adalah satu hukuman dari Islam ke atas umatnya yang cuba meninggalkan Islam, bukan kerana mereka berpegang dengan Islam”.




_ jom bersama ISLAM_

Wednesday, 27 March 2013

MAHAsiswa CeLiK terHaDAp keZOLIMAN KERAjaan

      CELIK....bukan bererti membuka kelopak mata daripada tidur, atau orang yang tidak buta dari fizikalnya..tetapi celik disini dengan maksud mahasiswa atau remaja yang SEDAR akan apa yang berlaku sekarang di negara malaysia ku teeercinta.

    


      pejam celik,pejam celik.. pemerintahan kerajaan yang zalim akan terkubur..golongan remaja @ mahasiwa adalah target utama kerajaan dalam menjalankan helah bagi mengekalkan pemerintahan. dengan berlakunya masaalah dan pelbagai kontroversi di IPTa &IPTS yang melibatkan beberapa isu sensitiv khursusnya politik, mahasiswa yang berjiwa teguh dan mempunyai pandangan yang cerah dengan isu-isu semasa,telah BANGKIT..dalam mempertahankan hak-hak mereka.   

parok2.

                 1.  saya percaya,dengan kuasa remaja pada usia ini dapat menumbangkan kerajaan yang zolim .dengan adanya penubuhanROYALTI ,A.B.U, KBUTV3,dan ngo2 yang lain menyokong semangat mahasiswa dalam memperjuangkan hak mereka. saya kagum di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pihak pemerintah .mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.

“Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” Anwar dalam facebooknya.  


              2. isu kalimah Allah.. golongan mahasiswa yang CELIK dapat menilai sejauh mana fitnah yang berlaku keatas Tuan Guru HJ Abd Hadi Awang itu adalah satu sandiwara kerajaan. dengan ilmu yang pelajari oleh mahasiwa-mahasiwa dalam pelbagai bidang,khursusnya bidang agama ,mereka sendiri sudah dapat menilai pihak mana yang benar dan pihak yang melakukan kezoliman.                             

             3. konkongan pihak atasan universiti dalam meluluskan program. ini juga membuktikan kebodohan sesetengan pihak yang menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat para mahasiwa dalam berpolitik.sejauh mana kebodohan itu berjaya membuatkan mahasiswa beku?tidak sama sekali.. mahasiwa CELIK dengan adanya jaringan IT ..facebook, twitter dan  lain-lain.. malahan. mahasiwa semakin jijik dengan konkongan tersebut..apabila dianjurkan program berbentuk politik je..ditangguhkan la,dibatalkan la,,dalam kuliah pula,,para pensyarah menjadi kaku apabila disekat dan dikongkong pihak2 tertentu dalam menyampaikan kuliah dengan syarat tidak bersuara dalam politik.
                4..pinjaman yang disekat oleh kerajaan kepada beberapa pelajar mesir. ini adalah satu kekajaman yang melampau.mengaitkan pelajaran pelajar dengan politik atas kepentingan peribadi,ternyata,kesan yang amat mendalam kepada pelajar-palajar luar negara..merka semakin CELIK dengan berlakunya isu-isu yang di permainkan oleh kerajaan dalam usaha memperbodohkan mereka.    
              5. anjuran program yang melampau untuk mahasiswa.. I AM FOR U... anjuran atas dasar menghasut para pemuda khursusnya mahasiswa dengan bersosial dan perkara yang melalaikan ,dengan hasrat para mahasiwa gembira apa yang dilakukan itu dapat memuaskan hati mahasiswa. sesetengah universiti ditipu, kononnya program berunsur mesra alam dan   sebagainya,tapi sebaliknya yang DIHIDANGKAN oleh kerajaan.   
               6. BBIM, kami mengalu-alukan sumbangan tersebut..tapi kami tidak bodoh, dengan pemberian tersebut tidak menampung duit rakyat yang digadaikan oleh kerajaan untuk kepentingan peribadi selama ini.pembelian buku juga kadang-kadang dinaikkan harga ,tidak menyamai harga asal buku tersebut.ini juga satu helah sesetengah pihak dalam mempergunakan pelajar.. pemberian tersebut diwarwarkan. inilah jasa kerajan,itu la, ini lah.. dalam hasrat mengail undi mahasiswa.sory.. mahasiwa sekarang dah CELIK ..        

  JIKA disenaraikan..terlampau banyak kezoliman yang dilakukan kerajaan terhadap mahasiwa.. akan tetapi..mesti diingat!! MAHASISWA sekarang bukan mahasiswa KLASIK.. tapi mahasiswa
CELIK!!               

 ,_ jom bersama ISLAM_
x

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)