Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

Asy’ariyah dan Maturidiyah

Sunday, 15 June 2014

TuGaS MUSLIMAH DaLaM PEMBENTUKAN UmMaH ..


dikingsi dari  kitab al mu'minah as-solehah,,
penyunting : Mustafa ramadhan

TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.


MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH

Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN

Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya. Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah.

 Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan ALlah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang be-tul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana ALlah SWT sematamata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu. 

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita. Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat?

Di dalam al-Quranul karim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa
meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA

Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat, nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk

berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T. Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayatayat Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." 

Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. 

Pertimbangkan dengan cara yang cukup sederhana."Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembaziran di dalam kebaikam." Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.

"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan." Islam adalah Deen WASOT (pilihan). "ItulahKamijadikankamu umat pilihan."

Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlalu-an di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidi-na Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan itu berdasarkan kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendak ditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARARAT

Yang keempat ialah tanggungjawab terhadap masyarakat. Kalau tidak ada perhubungan dengan masyarakat — kita berpisah daripada masyarakat — maka akan lahirlah masyarakat itu masyarakat yang tidak ada unsur-unsur Islam. Kita mesti bersama-sama dengan mereka dan melahirkan tindakantindakan Islam supaya masyarakat itu lahir dengan amalan Islam. Oleh itu kita perlu berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tidak takut kepada ugutan dan gangguan kerana menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tetapi di dalam usaha untuk menegakkan kebenaran ini banyak ujian-ujian itu datangnya dari orang-orang yang mengaku mereka itu hendak membuat kebaikan kepada manusia. 

Dalam usaha ataupun kerja-kerja terhadap masyarakat — dalam rangka membentuk masyarakat Islam yang belum lagi wujud — perjuangan seorang wanita Islam adalah sangat besar, perjuangannya untuk memahami fikrah yang betul, untuk menyampaikannya kepada orang lain, untuk bertindak melaksanakannya, untuk bergiat di dalam harakah dengan bersungguhsungguh.

Wanita-wanita yang tidak ada SAQAFAH ISLAMIAH sangat banyak, mulaiyin (berjuta-juta) di kalangan orang yang mendakwa diri mereka orang Islam. Ini memerlukan tervaga yang besar dari orang-orang yang sedar untuk memberi ilmu yang betul kepada mereka. Tidak takut dan tidak gentar kepada ugutan dan azab seksaan orang lain.


_ jom bersama ISLAM_

Monday, 2 September 2013

Allahuakbar..kongsi pengalaman jadi ayah muda skit...

assalamualaikum
**kongsi pengalaman jadi ayah muda skit..
bribu2 kali syukur..setelah mujahidah sulong dilahirkan pada 19 ogos 2013....takda seorang lelaki pun pernh merasa bagaimana seorng perempuan berkorban ,bertarung nyawa n berjuang melahirkan anak..

amalan..
*ketka mana menunggu di wad bersalin..stiap penjuru sudut hospital tertampal kalimah
"لا إله إلا أنت سبحانك إن كنت من الظالمين"
tiada yg lain dapat menggerakkan seorang bayi di dalam perut ibunya untuk keluar melalui rahim ibunya melainkan Allh...ayat ketikama nbi Allh yunus dlm perut ikn nun..
sangat ajaib..bagaimana seorang bayi yg beratnya 3.25kg berada di dalam perut ibunya..ketika keluar, seluruh badan bayi diselaputi lapisan putih kemudian slps 10saat mulut bayi berbunyi sebgai tangisan pertama melihat dunia..kemudian,dilaungkn azan ke telinga kanan,dn iqamat telinga kiri..

*surah maryam diulang berpuluh2 kali mengharapkan Allh memudahkan seorang ibu muda bersalin..due isteri bersalin sebenarnya 11 ogos, tapi dengan takdir Allh 9hari lebih dari jangkaan.kata ambe"biarlah,dia nk dduk dengn ibu dia lame skit"...

*
 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al A’raf : 23)..DOA tabt nabi Allah Adam..memang slalu diulng ketika duduk di dewan bersalin.

keajaipan dari Allah..
*hampir 3kali sy bersama isteri scan baby,kerana teruja n excited sgt nk tgok baby..=) , 1 kli di klinik bndr bru nilai, 2 kali di klinik 1mlysia..scan2..baby lelaki kata doktor..mase tue siap nmpk tapak kki baby lagi kt skrin komputer doktor..suke gilerr.siap bgi copy picture untuk simpn..
TAPI..dengan takdir Allh..uweek2..keluar  serorang baby mujahidah..ALLAHUAKBAR!!..semua kerja Allh..hihi, sampai dah simpan dah nama untuk baby lelaki..tapi..BILA ALLAH KATA JADI..MAKA JDILAH.gmbira ibunya sbb nakkan bby perempuan..trima kasih ya Allh..

*ketika mane 2minit selpas bby kluar,suami diberi masa untuk azan or nk bace pape..
pertama sy..1.ucap syukur kpd Allh..2.pergi kt telinga ibu baby,"terima kasih cyg ye ,same muka baby n ibu moga Allh bls dengn syurga, 3.. ketika bby mengis,dilafazkan azan n iqamat ..terkejut,pabila bbay sulong terus berhenti mengis mendengar azan dari ayahnya n mengangkat tangan kanan ke teling nya.seolah olah turut azan..Allahuakbr..

*sangat ajaib..bagaimana seorang bayi yg beratnya 3.25kg berada di dalam perut ibunya.tanpa luka cedera or terseliuh..bagaimana Allah hartar makanan , minuman kepada baby melalui ibunya..Allahuakbar.bagaiman dia bernafas?bgaimana dia makan?bgaimana dia dibesarkan..ajainnya ciptaan Allah.

*selepas beberapa hari keluar,stiap slpas magrib dibacakan Ayt quran untuk nya..sbb dah janji dgn dia(babay) mase dlm dewan bersalin hari tu.."kalu nak dengar abi bace quran kena kluar cepat2"..ketika dibacakan ayat quran,kalu salah or main2,dia akan menangis..Allhuakbar..sucinya kalam Allh..

kalam cinta N SYUKUR kpd Allh..
*kami sujud syukur kpdmu Allh.menciptakan dari tiada kepada ada..dari tak bernyawa kepada bernyawa ktika 4buln dlm prut ibunya..ALLHURABBI agongya ksih sayangmu menjaga , menyayangi n melahirkan seorang bayi dengan lemah lembut..kmi bersyukur dikurnikan seorang ank dalm keadaan sihat dan sempurna,YA ALLH maha pencipta maha agng..jadikan KAMI dari kalangn yang mengambil iktibat dari keajaibab2 yg telah engkau tukkan..jkikan anak2 kami..anak2 yg soleh n solehan..AMIN..

kunamakan anak sulongku AISYAH SUMAYYAH BINTI SAFWAN.

..trimakasih shat2 yg mendoakan.. kasih syang Allh keatas kalian..
_ jom bersama ISLAM_

Monday, 8 April 2013

aUrAt ke KaKi WaNiTa ? beginikan lebih baik.. =)



 Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita


CREDIT TO : SYAHIRUL.COM


_ jom bersama ISLAM_

Thursday, 21 March 2013

KeNaLi IsTILaH iLmU fiQh ^^

di sana terdapat beberapa pengertian yang di kaitkan oleh para ulama' ,berkenaan ILMU FIQH.
Istilah-istilah ini sering digunakan di dalam ilmu fiqh dalam menetapkan hukum atau menerangkan beberapa pengertian di dalam ilmu fiqh itu sendiri.

pertama : FARDU
yakni, sesuatu suruhan daripada Allah SWT keatas hambanya secara muktamad ,dan barangsiapa yang melakukannya, atau mengikutinya akan mendapat pahala , akan tetapi,jika membelakangkannya atau mengingkari suruhan tersebut,akan dikenakan azab oleh ALLAH SWT.cth:
 firman Allah SWT
"kamu diwajibkan berpuasa" (al-baqarah : 183)

kedua : WAJIB
di dalam mazhab al-syfie,istilah fardu dan wajid sama pengertiannya,kecuali di dalam  bab haji. wajib yang dimaksudkan di dalam bab haji tersebut adalah perkara yang tidak menjadi syarat sah ibadat haji.jika meninggalkanya haji tersebut tidaklah batal. manakala fardu dalam ibadat haji pula, apabila ditinggalkanya akan menyebebkan hajinya tidak sah

ketiga : FARDU AIN
seperti yang kita semua tahu, ia bermaksud tuntutan wajib keatas setiap muslim (mukallaf) kewajipan secara muktamad.contoh: solat ,puasa,haji bg yang mampu.

keempat: FARDU KIFAYAH
ia adalah satu tuntutan atas sekumpulan orang islam,dengan kata mudah apabila sebahagiannya telah melakukannya ,maka sudah memadai. contoh ; menguruskan jenazah,solat jenazah, dan lain-lain.

kelima : RUKUN
perkara yang wajib dilakukan keatas setiap amalan,yakni ia adalah satu hakikat amalan tersebut .contoh : alfatihah, rukuk ketika solat.

keenam : SYARAT
perkara yang wajib dilakukan keatas setiap amalan,yakni ia adalah satu hakikat amalan tersebut.akan tetapi ia bukanlah hakikat daripada amalan tersebut.bahkan mendahuluinya, contoh : berwudu', masuk waktu solat ..contoh tadi diluar solat tapi dilakukan sebelumnya bagi mendapatkan solat yang sah.

ketujuh : MANDUB
perkara yang dituntut oleh syara' melakukannya.tetapi tidaklah miktamad dan diberi pahala jika melakukannnya.contohnya : solat dhuha, qiamullai dan lain-lain.jika tidak melakukanya tidaklah berdosa.
juga disebut (sunat) , (mustashab) , (tatawu') , (nafal).

kelapan : HARUS
perkara yang sama sahaja hukumnya sama ada melakukannya atau meninggalkannya. kerana syara' tidak memerintahkan antuk melakukannya atau meninggalkannya.

kesembilan : HARAM
perkara yang dituntut untuk meninggalkannya secara muktamad. sesiapa melakukan yakni tidak melakukan apa yang dilarang makan mendapat pahala, jika tidak meninggalkannya akan diazab dan diseksa :contoh : membunuh

kesepuluh : MAKRUH
perkara yang dituntut syara' meninggalkannya.namun tidaklah dikenakan balasan azab jika melakukannya



rujukan : ibadat dalam fiqh As- Syafi'i ,2011




_ jom bersama ISLAM_

Wednesday, 17 October 2012

CiNtA tEmAn Vs cInTA GirLfRiEnD

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Indahnya berukhuwah kerana Allah..cinta kita yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya..disana terdapat cinta kerana Allah..iaitu sahabat..apa ytang dimaksudkan CINTA SAHABAT kerana Allah?

   ERTI cinta kita kepada sahabat adalah dengan mengajak kepada kebaikan dan nasihat dalam mencegah kemaksiatan..begitu juga cinta sahabat kita terhadap kita.nilai lah ,sejauh mana sahabt kita yang selama ini kita bersama nya,mengajar dan mengajak kiota kepada kebaikan..jika itu tiada ,,ertinya kita tersilap dalam memilih sahabat yang terbaik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak..

   zaman sekarang ,banyak perkara yang terbalik perbuatanya..adakah benar,dahulukan MAKWE,PAKWE daripada sahabat terdekat.;sebagai contoh..seorang sahabat mempelawa untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu..akan tetapi,kita menolak hanya kerana teman couple kita mengajar untuk keluar dan bersiar-siar..

    adakah kita sudah mempunyai hubungan yang halal dengannya??adakah jatuh tanggungjawab kita terhadapnya??TIDAK!malahan di akhirat nanti dia juga lah yang akan bangkitkan kesalahan2 yang pernah dilakukan terhadapnya di dunia sebelum ini..nauzubillh..bertaubatlah sahabat tercinta dari tergoda dengan lamaran CINTA ilusi dunia. ana percaya 8 daripada 10 sahabat2 kita kecundang dalam SANGKAR CINTA..apa tindakan kita??beranikah kita menegurnya??atau membiarkan nya saja??atau turut sama MENYOKONGNYA??.
    .ini adalah satu masaalah dalam bersahabat,apa yang kita suka,kita ikut ,,apa yang kebaikan kita support..tapi silapnya..apabila sahabat melakukan kemungkarang.tidak ada sesiapa berani membuka mulut untuk menasihatinya..Astarfirullah..BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI..=)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

WASSSALAM...

Wednesday, 10 October 2012

awaS!! AuRaT KauM HaWa...janGan AmBil MuDaH


SEMUA ANGGOTA TUBUH WANITA, SELAIN WAJAH DAN KEDUA TELAPAK TANGANNYA, ADALAH AURAT.....


(cebisan dari kitab:Risalah untuk Wanita Mu’minah – Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy)


    Kaum wanita di zaman jahiliyah berusaha keras ingin menampakkan
keindahannya di depan kaum lelaki, namun hal itu tidak melampaui hal
ihwal wanita dalam ummat-ummat yang lain.
   waktu itu menampakkan leher, bagian atas dada dan wig, atau rambut
imitasi, merupakan keindahan yang sangat menonjol, yang harus senantiasa dipelihara dan ditampakkan di depan kaum lelaki. Setelah Islam datang, maka hukum syari’atpun turun berturut-turut, termasuk hukum tentang wanita mu’minah dan busananya. 

Firman Allah tentang 
hal ini,


“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”.     (QS. Al-Ahzab: 59)

Firmannya lagi,


  “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (QS. An-Nur: 31)

   Diturunkan juga perintah untuk isteri-isteri Nabi  tetapi dengan cara yang
berlaku umum untuk semua wanita muslimah, melalui jalan kias yang gamblangatau seperti yang dinamakan ahli ushul dengan istilah “tangihul manuth”, membetulkan tempat bergantung. 

Firman Allah,


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. (QS. Al-Ahzab: 33) Jelaslah, bahwa watak dari ajaran ini, seperti yang anda lihat, berlaku umum untuk semua kaum muslimah, tidak teradapat alasan sedikitpun yang membuktikan, bahwa ia khusus untuk para isteri Nabi  saja. Perintahnya memang seolah-olah khusus untuk mereka, sebagai penghargaan bagi mereka dan
isyarat mereka, bahwa mereka seharusnya menjadi pelopor ketaatan yang paling dulu mengindahkan ajaran itu.

     Ayat ini menyatakan dengan tegas, bahwa dandanan yang biasa dilakukan
oleh kaum wanita Arab pada zaman jahiliyah kini sudah dinyatakan sebagai
perbuatan terlarang dan haram. Mereka diperintahkan supaya tidakmemperlihatkan perhaisannya dan anggota tubuhnya didepan orang-orang asing,kecuali yang sudah biasa terlihat dan sulit untuk ditutupi.


    Anda juga melihat, bagaimana hukum Ilahi itu diletakkan dalam suatu
bingkai yang sangat menonjol, karena penting dan seriusnya, sehingga disebutkansatu per satu jenis keluarga dan orang asing yang dikecualikan dari umumnya hukum itu, semacam demi semacam dan secara rinci pula, padahal al-Qur’an pada umumnya mengemukakan hukum syari’at secara ijma’, dan melepaskan uraian dan rinciannya untuk diterangkan dalam sunnah (hadits).

    Oleh karena itulah para ulama kaum muslimin semuanya sepakat tidak ada
yang berselisih paham, wajib menutup seluruh tubuh wanita, selain wajah dan
kedua telapak tangannya, dengan catatan wajah dan kedua telapak tangan itu tidak diberi perhiasan yang dapat menarik perhatian lelaki. Allah  memerintahkan kepada wanita muslimah untuk menutupi selain yang biasa terlihat, termasuk leher, bagian diatas dada, rambut, dan lain-lain dengan nash yang tegas dan jelas Antara ulama kaum muslimin tidak terdapat selisih paham tentang hal itu dalam berbagai zamannya, selain menyatakan haram hukumnya kepada wanita muslimah menampakkan auratnya di depan orang asing, selain orang-orang yang dikecualikan ayat itu, bagian dari tubuhnya yaitu wajah dan kedua telapak tangannya.







Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)