Sekadar perkongsian dari penulis dan nasihat untuk diri..
Islam itu mudah , perkahwinan satu ikatan
kepada hubungan yang halal., islamik couple (tanpa kahwin), cinta monyet ,
semua tu jauh nun disana. Tak termaktub
dalam mana-mana kitab. Yang nak dikongsikan tentang ikatan yang halal.
Mungkin ramai remaja-remaja diluar sana yang
berkeinginan untuk berkahwin dan mencari jodoh untuk di bina ‘masjid’
bersama pasangan masing - masing
Persoalan disini.. sejauh mana persediaan untuk
kita menghadapi nya.. bukanlah satu perkara yang di pandang rendah.
KE GERBANG PERKAHWINAN
-
sejauh manakah pengatahuan kita tentang
hukum-hukum berkisar mahar? Jemputan? Hutang? Adab-adab majlis? , bersanding?, hubungan
dalam pertunangan?
-
dari manakah wang yang kita dapat untuk
persiapan majlis dan hantaran ?
-
adakah kita mendapat redho ibubapa dalam ikatan
yang bakal kita bina?
-
kadang-kadang sesetengah keluarga mengalami
beberapa masaalah dengan persetujuan family masing-masing. Bagaimanakah sikap
kita? Apakah pendekatan yang kita gunakan?
-
Apakah niat sebenar kita mahukan perkahwinan?
ikut kawan? Suka-suka? nafsu? Atau ..yelah dah orang nak,kita kahwin je la ?
Niat Penulis tidaklah untuk membebankan atas
persoalan-persoalan tersebut, tetapi seharusnya para remaja sedar dan bersedia
untuk menghadapinya. Tidak cukup sekadar hadir ke khursus pra perkahwinan yang
hanya mendapat segulung sijil sbgai syarat..
Ramai di kalangan sahabat2 yang datang bertanya
tentang persiapan perkahwinan. Bagaimana?dan bagaimana? Persoalan-persoalan diatas harus dijawab
berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh NYA dan diteliti bagi mendapat
majlis yang harmoni dan diberkati , insyaAllah. Jangan sampai kita menyesal
kemudian hanya kerana perkara yang tak seharusnya terjadi.
TAMATNYA ZAMAN BUJANG
Satu situasi yang tak dapat digambarkan bahagia
nya waktu tersebut. Masing- masing mengharapkan kebahagian dan keberkatan dari
Allah. Apa yang kita akan hadapi? Dan diperlukan untuk mendapatkan kebahagiaan
tersebut.
Dalam hadis, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada
manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus
(luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat
Ibnu Hibban).
1. Agama
Ilma agama penting dalam
menguruskan rumah tangga, terutamanya para suami sebgai ketua keluarga,
-
adakah kita mendalami
hukum-hukum tentang talak? Ruju’ ? didikan isteri ? hak2 pasangan? Adab-abad dengan
keluarga pasangan ?
-
adakah kita mencontohi
Rasulullah dalam membina keluarga yang diberkati oleh Nya?
-
Adakah kita menjaga
adab-adab di depan khlayak ramai?
Perlunya pembacaan dan mendalami
ilmu-ilmu tersebut , mungkin mudah untuk dipelajari tetapi amat sukar untuk
diaplikasi.
2. Keluarga
Hati dan perasaan keluarga harus
dijaga walaupun sudah berumah tangga, khursusnya ibubapa kandung.kadang-kadang para
suami terlepas pandang tanggungjawab mereka terhadap ibubapa mereka sedangkan
hak ibubapa masih di tangan mereka.
Mungkin sukar untuk menjalinkan
hubungan yang baru dengan keluarga pasangan , bahkan itulah yang mesti
dilakukan.jagalah hubungan dan rapatkanlah setiap kali berpeluang bersama
mereka
3. Ekonomi
Ilmu pengurusan ekonomi juga
penting dalam mengurus kewangan keluarga. Adakah disana kita mempunyai hutang
uang belum dilansaikan? Kita mempunyai bayaran ansuran ? bagaimana kita nak
mendapatkan punca pendapatan ?
Nafkah.kewajipan para suami,hak
isteri yang wajib di tunaikan. Persoalannya dalam keadaan punca ekonomi yang
ada, bagaimana kita bahagikan?.semua itu dijawab oleh islam melalui quran dan hadis-hadis
Nabi Muhammad s.a.w jika kita betul-betul memahami..
4. Anak-anak
Satu kurniaan yang wajib
disyukuri.bagaimana bekalan kita dalam mendidik mereka? Adakah kita memahami
tentang kelahiran , tempoh penyusuan, tempoh pendidikan, sehingga mereka dewasa
kelak? Dan banyak lagi tanggungjwab yang seharusnya dijalan kan dalam mendidik
anak-anak. Wallahua’lam.
Begitu banyak persediaan yang
perlu kita semua check balik dalam menghadapi kehidupan rumah tangga. Moga-moga
kita di bantu dan di berkati oleh Allah dalam menjalani kehidupan ini.. Amin.
_ jom bersama ISLAM_
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.