NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu
datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan
menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak
tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan
meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak
boleh lagi berzikir kepada Allah,
sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah."
jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.