Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Monday, 6 October 2014

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. 
Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t.melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."



_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 21 June 2014

Sejarah Perbezaan Pendapat dikalangan Umat Islam

assalamualaikum

dipetik dari 

KAJIAN KESAN PERBEZAAN ALIRAN MAZHAB
KE ATAS KESATUAN MASYARAKAT ISLAM
KAJIAN KES : PELAJAR DAN STAF UTM

Sejarah berlakunya Perbezaan Pendapat dikalangan Umat Islam 


Perbezaan pendapat atau hukum adalah perkara biasa dalam mana-mana perundangan 

yang mana diasaskan kepada amalan serta adat resam mereka, kerana amalan atau adapt resam 

itu berbeza mengikut cara berfikir manusia yang berbeza. (Dr Kassim Salleh 1989) 



Ketika Rasulullah SAW masih hidup, perbezaan dan percanggahan pendapat tidak 

wujud sama sekali keran sekiranya terdapat persoalan yang timbul, mereka akan segera 

meminta penjelasan dari Rasulullah SAW dan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW 

akan diikuti oleh para sahabat. Namun apabila baginda telah wafat dan dimana wahyu telah 

terputus, yang masih tertinggal dikalangan umat Islam ketika itu ialah al-Quran dan As-sunnah 

yang menjadi pegangan umat Islam dalam memutuskan sesuatu hukum. jika sebelum ini 

mereka akan mendapatkan pandangan dari Rasulullah SAW, tetapi pada masa ini, mereka 

terpaksa menggunakan kaedah pengambilan hukum yang lain sama ada dengan menemui para 

sahabat Rasulullah SAW, Ijma’ , dan Al-Qias. 



Selepas zaman sahabat Rasulullah berakhir, muncul pula zaman tabi’in. Pada masa ini 

telah wujud pusat-pusat pengajian yang terkenal seperti di Kufah, Hijaz dan Mesir. Setiap 

orang alim ini akan dikelilingi oleh murid-murid mereka untuk mempelajari hadis dan 

mengembangkan di seluruh pelusuk daerah. Pada masa ini, lahirlah Imam Abu Hanifah di 

Kufah, Madinah sementara Imam Malik pula di Awza’e di Syam dan Al- Laith bin Sa’ad di 

Mesir. Kemudian selepas itu, datang pula peringkat kedua iaitu Imam As-Syafie, Imam Ahmad 

bin Hambal dan Daud bin Ali. Selepas itu, masih ada zaman ijtihad lagi tetapi kemudiannya 

umat Islam mula cenderung untuk mengikuti mazhab yang telah disusun oleh para imam 

muktabar tersebut. ketika itulah lahir para pengikut mazhab-mazhab empat yang terkenal iaitu 

Hanbali, Hanafi, Syafie dan Maliki. (Dr Kassim Salleh 1989).




_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 14 June 2014

iKaTaN CiNtA DaLaM jEmAaH

"....Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan dosa dan pelanggaran hukum...." (Q.S. Al-Maidah 2).

Bagaimana kita melaksanakan perintah ALlah ini kalau kita tidak saling mengenal maupun satu sama lain? Jadi kedua tahapan ukhuwah merupakan pre-requisite untuk tahapan takaaful ini.

Dalam harakah Islamiyah, terbinanya ukhuwah Islamiyah berperan penting sekali demi keberhasilan da'wah. Imam Syahid Hasan Al Banna menjadikan ukhuwah Islamiyah ini sebagai salah satu dari 10 tiang bai'ah dalam organisasi da'wah yang beliau bina. Beberapa ungkapan beliau yang mungkin dapat kita kaji dalam membentuk ukhuwah Islamiyah adalah sebagai berikut:

v Kekuatan jama'ah, sebagaimana organisasi-organisasi secara umumnya, adalah terletak pada kekuatan ikatan para anggotanya.

v Tiada ikatan yang lebih kuat dalam hal ini selain ikatan "cinta" yang didasarkan pada aqidah Islam.

v Tingkatan daripada "ikatan cinta" ini yang paling lemah adalah kebersihan hati kita terhadap Akh kita (yakni dari segala macam penyakit hati, seperti buruk sangka, iri-dengki, congkak, tamak, dll.).

v Tingkatan yang paling tinggi daripada "ikatan cinta" ini adalah mendahulukan Akh kita dan kepentingannya sebelum kita dan kepentingan kita.

Akhirnya, ana hendak menutup uraian tentang ukhuwah Islamiyah ini dengan sekali lagi menguraikan betapa pentingnya ukhuwah Islamiyah ini bagi kita sendiri sebagai individu Muslim. Kita semua tahu kan agama Islam adalah agama Allah. Dan Allah telah menjanjikan kelanggengan Islam. Jadi, apa kita mau menjalin ukhuwah Islamiyah atau tidak, Islam akan tetap jaya dan da'wah Islam akan berjalan terus. Tetapi kita tidak bisa hidup tanpa ukhuwah Islamiyah. Ibaratnya sekelompok biri-biri di pinggir hutan. Seekor serigala hanya akan mampu menangkap seekor biri-biri yang terpencar dari kelompoknya.

_ jom bersama ISLAM_

Friday, 3 May 2013

10 Sebab Mesti Undi Pakatan Rakyat


10 Sebab Mesti Undi Pakatan Rakyat

election10 sebab rakyat mesti undi Pakatan Rakyat. Saya letakkan di sini 3 sebab dan saya copy-paste artikel di bawah bagi 7 lagi sebab:
Pertama: Kita hanya ada 2 pilihan, BN atau PR. Jika kita pilih BN, segala dosa lalu, pemborosan sebelum ini, kezaliman yang telah berlaku, khianat amanah rakyat dan lain-lain kemungkaran akan diteruskan. Kalau pilih PR, kita ada peluang melihat perubahan untuk 5 tahun akan datang. jika baik, teruskan sokongan. Jika tidak, kita ada peluang untuk berubah.
Kedua: Semua parti-PAS, PKR, DAP mendokong keputusan bersama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang menerima Perlembagaan seperti Raja Berperlembagaan, Islam agama Persekutuan dan isu bahasa. Umno telah menggadai agama, bangsa dan tanahair dalam pelbagai isu.
Ketiga: Komitmen memberikan keutamaan kepada rakyat dari semua parti dalam Pakatan Rakyat. Negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuktikan kemampuan memerintah. BN penuh dengan pemimpin yang hanya mengutamakan kroni. Rakyat hanya berada di pinggiran.

(Syed Abdullah Syed Osman) Tujuh sebab mengapa rakyat perlu mengundi Pakatan Parti Rakyat, PAS, PKR dan DAP demi untuk pastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama, adat resam dan keturunan mendapat hak mereka sebagai warga negara Malaysia yang selama ini kurang diberikan perhatian atau hampir dipinggirkan.

Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat.

Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan ‘kekebalan’ dan keistimewaan’ saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan.

Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita.

Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya.

Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak  bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu.

Keenamnya -  rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya. 

Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya -  mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya


_ jom bersama ISLAM_

Friday, 22 March 2013

jom PrOsEs HaTi


           Malam itu damai. Angin bertiup seperti biasa. Saya bersama lapan lagi sahibah seusrah duduk menikmati udara malam.

"Saidina Umar dulu, pernah beliau bawa sahabat duduk dalam satu bilik dan bertanya, kalaulah kamu diberi peluang membuat permintaan, apa yang kamu minta?" Saya bersuara. Satu persatu wajah sahibah saya pandang.
"Perabot."
"Keselesaan."
"Ukhwah."
Pelbagai jawapan yang muncul, menggamitkan suasana.
"Betul, semua betul. Mumtaz." Ayat saya berhenti sebentar di situ.
"Tapi... Sahabat menjawab, aku mahu bilik ini dipenuhi dengan emas, supaya aku boleh gunakannya untuk Islam. Saidina Umar berkata lagi, buatlah permintaan! Sahabat pun menjawab, aku mahu bilik ini dipenuhi dengan berlian supaya aku boleh gunakannya untuk Islam, dan sekali lagi Saidina Umar berkata, buatlah permintaan! Sahabat bingung dan membalas, Aku sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi wahai Amirul Mukminin, apakah permintaanmu pula?"
Wajah semua sahibah saya tatap. "Agak-agak Saidina Umar nak apa?"
Semua diam, menanti bicara selanjutnya.
"Saidina Umar pun berkata, aku mahu bilik ini dipenuhi oleh manusia yang seperti Abu Ubaydah dan Muaz bin Jabal supaya aku boleh menghantar mereka untuk Jihad!"
Sahibah senyum, mengerti makna yang tersirat.
Sumber manusia adalah lebih penting dari kebendaan!

Proses Hati

Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati. Hati yang rosak dan hitam, mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang dilakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit demi sedikit hilang dek kebiasaan dosa.

Ibarat sebuah cermin

Cermin yang bersih dan bersinar, jika kita lihat ke dalamnya dan tiba-tiba pula ada jerawat baru di wajah kita, kita pasti nampak. Kita bolehlah picit, letak T3 ke.
Tapi, Jika cermin itu kotor dan berhabuk, kita lihatlah ke dalamnya, ada jerawat 5 biji baru naik pun susah
untuk dilihat. Jadi payahlah untuk kita mengesan kekotoran di wajah.

Apabila hati kotor, dosa menjadi biasa, maksiat berleluasa.

Semuanya gara-gara sekeping hati yang sudah bertukar wajahnya. Hitam, kelam, sekelam masa depan yang semakin tenggelam.
Masyarakat yang kucar-kacir.
Pemimpin yang pecah amanah.
Pelajar yang memberontak sini-sana.
Kes bunuh diri.
Dan bermacam lagi.
Semua itu berpunca daripada satu perkara :HATI.
Kerana itu munculnya satu hadith,

Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI.
Umpama raja dalam diri. Kawallah raja itu, agar setiap masa bersama Ilahi, moga nanti badan bergerak seperti seorang manusiawi.

Bersihkan Hati
Dosa adalah ibarat racun yang memakan diri, manakala hati pula adalah salah satu perkara yang amat sukar untuk dijaga.
Tsabit bin Qurah berkata : Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.
Berilah setiap kerehatan itu kepada diri, moga kelak hati suci kembali.
Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang Allah beri, Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada Ilahi!
Bersihkan hati, bersihkan diri. Ayuh menjadi 'sumber manusia' yang berharga untuk Islam.
Moga Allah meredhai.
Wallahu'alam


_ jom bersama ISLAM_

Thursday, 21 March 2013

KeNaLi IsTILaH iLmU fiQh ^^

di sana terdapat beberapa pengertian yang di kaitkan oleh para ulama' ,berkenaan ILMU FIQH.
Istilah-istilah ini sering digunakan di dalam ilmu fiqh dalam menetapkan hukum atau menerangkan beberapa pengertian di dalam ilmu fiqh itu sendiri.

pertama : FARDU
yakni, sesuatu suruhan daripada Allah SWT keatas hambanya secara muktamad ,dan barangsiapa yang melakukannya, atau mengikutinya akan mendapat pahala , akan tetapi,jika membelakangkannya atau mengingkari suruhan tersebut,akan dikenakan azab oleh ALLAH SWT.cth:
 firman Allah SWT
"kamu diwajibkan berpuasa" (al-baqarah : 183)

kedua : WAJIB
di dalam mazhab al-syfie,istilah fardu dan wajid sama pengertiannya,kecuali di dalam  bab haji. wajib yang dimaksudkan di dalam bab haji tersebut adalah perkara yang tidak menjadi syarat sah ibadat haji.jika meninggalkanya haji tersebut tidaklah batal. manakala fardu dalam ibadat haji pula, apabila ditinggalkanya akan menyebebkan hajinya tidak sah

ketiga : FARDU AIN
seperti yang kita semua tahu, ia bermaksud tuntutan wajib keatas setiap muslim (mukallaf) kewajipan secara muktamad.contoh: solat ,puasa,haji bg yang mampu.

keempat: FARDU KIFAYAH
ia adalah satu tuntutan atas sekumpulan orang islam,dengan kata mudah apabila sebahagiannya telah melakukannya ,maka sudah memadai. contoh ; menguruskan jenazah,solat jenazah, dan lain-lain.

kelima : RUKUN
perkara yang wajib dilakukan keatas setiap amalan,yakni ia adalah satu hakikat amalan tersebut .contoh : alfatihah, rukuk ketika solat.

keenam : SYARAT
perkara yang wajib dilakukan keatas setiap amalan,yakni ia adalah satu hakikat amalan tersebut.akan tetapi ia bukanlah hakikat daripada amalan tersebut.bahkan mendahuluinya, contoh : berwudu', masuk waktu solat ..contoh tadi diluar solat tapi dilakukan sebelumnya bagi mendapatkan solat yang sah.

ketujuh : MANDUB
perkara yang dituntut oleh syara' melakukannya.tetapi tidaklah miktamad dan diberi pahala jika melakukannnya.contohnya : solat dhuha, qiamullai dan lain-lain.jika tidak melakukanya tidaklah berdosa.
juga disebut (sunat) , (mustashab) , (tatawu') , (nafal).

kelapan : HARUS
perkara yang sama sahaja hukumnya sama ada melakukannya atau meninggalkannya. kerana syara' tidak memerintahkan antuk melakukannya atau meninggalkannya.

kesembilan : HARAM
perkara yang dituntut untuk meninggalkannya secara muktamad. sesiapa melakukan yakni tidak melakukan apa yang dilarang makan mendapat pahala, jika tidak meninggalkannya akan diazab dan diseksa :contoh : membunuh

kesepuluh : MAKRUH
perkara yang dituntut syara' meninggalkannya.namun tidaklah dikenakan balasan azab jika melakukannya



rujukan : ibadat dalam fiqh As- Syafi'i ,2011




_ jom bersama ISLAM_

Saturday, 22 December 2012

Subhanallah, 7 keajaiban Islam


Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin sobat-sobat bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah - shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Batu mengucap salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:
"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda:
"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin

Sunday, 4 November 2012

42 NaSiHaT AgAmA =)


بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Wednesday, 31 October 2012

CaRi lAh IsTeRi yAnG bErAgAmA =)

carilah isteri yang beragama...disitulah terdapat ketenangan yang di anugerahkan oleh Maha Pencipta..ketika mana sang suami lalai dalam menunaikan ibadat kepada Allah..dia mengingatkan..ya Allah.ku Bersyukur..atas Pemberian Mu kepada ku..


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini 
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).




saban hari, dunia semakin sunyi dengan zikir kepada Allah....
saban hari, quran yang pernah bersama dahulu..sering tertinggal.....
saban hari, solat fardu yang kadang-kadang terlanjur waktunya...
saban hari, zikir selepas solat kadang2 tidak terbuat.

tetapi..memiliki seorang isteri yang arif tentang agama,yang dicaturkan oleh Allah dengan acuan agama..memang menguntungkan ,,bukan sekadar dunia..malahan akhirat..

ketika mana sang suami sering lalai dalam menunaikan solat fardu pada waktunya..sang isteri mengingatinya malahan memarahi untuk menyedarkan sang suami tetang kewajipan nya..SUBHANALLAH..

ketika mana Al-quran yang sering dihafal sebelum ini di lupakan..dia mengingatkan untuk mengulanginya malahan mengajak untuk membaca bersama.ramai yang berpandangan,selepas kahwin susah nak hafal quran,dan baca quran..semuanya atas kehendak masing-masing..

ketika mana waktu subuh kian hampir..si dia sering mengejutkan sang suami untuk ke surau..biasalah..sifat malas kadang kala memusuhi untuk alpa dalam beribadat..

berdoalah kepada Allah..dalam mencari pasangan hidup.tiada siapa boleh menentukan siapa pasangan kita melainkan Allah..biarlah nikmat kehidupan itu dinikmati bersama pasangan yang selalu mengingatkan kita kepada kematian..Aku BERSYUKUR YAAALAH..kerada mengurniakan kepadaku seorang puteri yang selalau mengingatkan aku KEPADAMU YAALLAH..




Thursday, 18 October 2012

SubhanALLH..Hebatnya kUaSa ALLAH!! jom baca..


 Sultan Muhamad al Fateh mencipta kejayaan ketika berusia 21 tahun…


Beliau berjaya memimpin pasukan tenteranya menakluk Kota Konstantinopel lalu menukar namanya kepada Istanbul atau Islam seluruhnya. Selain tentera yang terlatih mereka juga membawa “Meriam Urban” senjata ampuh yang menakutkan Maharaja Constantine dan pasukan tenteranya.

Kejayaan Sultan Muhamad al Fateh memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat (kapal belayar di daratan) masih menjadi tanda tanya sampai sekarang. Setelah berjaya menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar gereja besar Aya Sofya kepada sebuah masjid dengan persetujuan penduduk tempatan dan ketua-ketua paderi.

Apabila sudah dijadikan masjid timbul pula masalah penentuan arah kiblat. Sultan Muhamad al Fateh sembahyang sunat dan berdoa. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke dinding Aya Sofya dan bangunan itu bergerak ke arah kiblat.

Aya Sofya kekal menjadi masjid kebanggaan umat Islam sehingga sampai kepada zaman pemerintahan Mustaffa Kamal Ataturk yang menukarnya kepada sebuah Muzium. Sejak itu tidak kedengaran lagi azan berkumandang dari Aya Sofya dan masjid-masjid lainnya.

Mustafa Kamal Ataturk pernah cuba hendak meruntuhkan menara Aya Sofya supaya tidak menampakkan lagi lambang sebuah masjid. Tetapi anihnya apabila menara itu hendak ditumbangkan dengan menggunakan kren maka seluruh bangunan Aya Sofya bergerak. Kerana bimbang bangunan itu turut runtuh maka menara itu tidak jadi ditumbangkan.

Sultan Muhamad al Fateh bersumpah sesiapa yang menukar keputusannya itu akan mendapat laknat dari Allah. Sumpahan itu menjadi kenyataan selepas Mustafa Kamal Ataturk menukar Aya Sofya kepada Muzium beliau mengidap penyakit misteri, iaitu berasa panas yang melampau, hidung keluar darah tidak henti-henti, gatal seluruh badan, tidak boleh tidur, tidak ada selera makan dan perutnya membusung. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat penyakit itu dan mayatnya tidak di kebumikan hingga sekarang.

Khabarnya usaha sedang dilakukan untuk menukar semula Aya Sofya kepada sebuah masjid. Semoga usaha itu menjadi kenyataan

* Kejahatan Kamal Atartuk membawa padah:

Mayat kamal atartuk diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Oleh Umar Luqman

Wednesday, 17 October 2012

CiNtA tEmAn Vs cInTA GirLfRiEnD

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Indahnya berukhuwah kerana Allah..cinta kita yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya..disana terdapat cinta kerana Allah..iaitu sahabat..apa ytang dimaksudkan CINTA SAHABAT kerana Allah?

   ERTI cinta kita kepada sahabat adalah dengan mengajak kepada kebaikan dan nasihat dalam mencegah kemaksiatan..begitu juga cinta sahabat kita terhadap kita.nilai lah ,sejauh mana sahabt kita yang selama ini kita bersama nya,mengajar dan mengajak kiota kepada kebaikan..jika itu tiada ,,ertinya kita tersilap dalam memilih sahabat yang terbaik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak..

   zaman sekarang ,banyak perkara yang terbalik perbuatanya..adakah benar,dahulukan MAKWE,PAKWE daripada sahabat terdekat.;sebagai contoh..seorang sahabat mempelawa untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu..akan tetapi,kita menolak hanya kerana teman couple kita mengajar untuk keluar dan bersiar-siar..

    adakah kita sudah mempunyai hubungan yang halal dengannya??adakah jatuh tanggungjawab kita terhadapnya??TIDAK!malahan di akhirat nanti dia juga lah yang akan bangkitkan kesalahan2 yang pernah dilakukan terhadapnya di dunia sebelum ini..nauzubillh..bertaubatlah sahabat tercinta dari tergoda dengan lamaran CINTA ilusi dunia. ana percaya 8 daripada 10 sahabat2 kita kecundang dalam SANGKAR CINTA..apa tindakan kita??beranikah kita menegurnya??atau membiarkan nya saja??atau turut sama MENYOKONGNYA??.
    .ini adalah satu masaalah dalam bersahabat,apa yang kita suka,kita ikut ,,apa yang kebaikan kita support..tapi silapnya..apabila sahabat melakukan kemungkarang.tidak ada sesiapa berani membuka mulut untuk menasihatinya..Astarfirullah..BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI..=)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

WASSSALAM...

Tuesday, 9 October 2012

InDaHnYa MUsLiMah soLeHaH...



ramai yang bertanya..bagaimanakah ciri-ciri wanita yang menjadi idaman atau teman hidup DUNIA dan AKHIRAT??
   bagi saya..ini adalah satu perkara yang rumit jika kita mahukan seorang wanita yang sempurna dari semua aspek..bahkan,bukan wanita sahaja..lelaki juga begitu..

  di sini adalah antara ciri-ciri wanita yang menjadi panduan seorang muslim memilih untuk dijadikan teman hidup bagi mencapai redho ALLAH..

MUSLIMAH sejati

Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan untuk menjadi seorang isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.

   Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorang ibu yang hebat. Semoga apa yang akan dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlak diri, insyaAllah.

Ciri-ciri muslimah tersebut..

1 berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
Bersopan satun
Sentiasa memaniskan wajah
Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

    Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri kita yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua.

Alhamdulillh..kini..Allah telah mengurniakan saya seorang muslimah yang bercirikan ciri-ciri tersebut..SYUKUR PADAMU YA ALLAH..

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.”

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)