Berikut adalah
biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi
para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka
semuanya di sini. Para sahabat Nabi ini bukan sahaja berjaya di
dunia malah di akhirat juga. Ambillah contoh-contoh baik dan pedoman dari
mereka.
1) Abu Bakar As
Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin
Affan
4) Ali bin Abi
Thalib
5) Talhah bin
Ubaidullah
6) Zubair bin Al
Awwam
7) Abdul Rahman bin
‘Auf
8) Saad bin Abi
Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah
bin Al Jarrah
11) Bilal bin
Rabah
12) Abu
Darda’
Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a merupakan orang lelaki yang paling dicintai
oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar
r.a adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika
ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini,
nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari
umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al
Khattab r.a adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan
ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan
musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar r.a
adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk
keIslamannya. Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasululllah pernah
bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat terdahulu. Jika
terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.
Saidina Uthman bin
Affan r.a adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman
mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui
sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin
bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan
bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang
menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap
Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah
Uthman bin Affan“.
Saidina Ali r.a
adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan suami kepada Fatimah az-Zahra (anak
perempuan Rasulullah s.a.w). Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Barangsiapa
yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah s.a.w juga
pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali
r.a. Beliau menurut Rasulullah s.a.w adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau
menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam
keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.
Saidina Talhah adalah
seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan
Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.
Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang pertama menghunus pedang di
jalan Allah (fisabilillah). Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun.
Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah
menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di
atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya
kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair
menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!" Beliau
adalah salah seorang sahabat terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah
bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah
Zubair“.
Saidina Abdul
Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda
kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas
ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul
Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.
Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan
Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa
kepadaMu“.
Saidina Said bin
Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah
antara yang dimakbulkan Allah.
Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah
sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang
mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah
Abu Ubaidah Al Jarrah“.
Saidina Bilal bin
Rabah telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau merupakan
sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam
jangkamasa yang lama.
Saidina Abu Darda’
digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang
begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama
manusia
2) Umar bin Al Khattab
Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar r.a adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang pertama menghunus pedang di jalan Allah (fisabilillah). Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!" Beliau adalah salah seorang sahabat terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.
Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.
Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.