Monday, 10 November 2014

Masalah-Masalah Dalam Menghafaz Dan Mengekalkan Hafazan al-Quran.

Masalah-Masalah Dalam Menghafaz Dan Mengekalkan Hafazan al-Quran.

TERKESAN.

Setelah bergelar seorang hafiz, adalah menjadi tanggungjawab kepada seseorang itu untuk memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah S.W.T. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah
hadisnya:

Terjemahannya:
“Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia
akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit
juzam (kusta) dengan terpotong-potong tangannya.”
( Hadith riwayat abu Dawud dan Tirmidhi)

Memandangkan gangguan dan kesukaran untuk mengekalkan hafazan al -Qurannya, seseorang itu mestilah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
hilang hafazan dalam ingatannya. Ini memastikan hafazan keseluruhan al-Quran
kekal dalam ingatan dan menghindari kemurkaan dari Allah S.W.T.

Masalah Dalaman (Internal) Seorang Hafiz Al-Quran

Masalah dalaman (internal) adalah masalah yang wujud dari dalam diri seorang
hafiz al-Quran. Semasa menjalani kehidupan hariannya, godaan dunia di samping
bisikan syaitan, boleh menyebabkan seseorang hafiz itu lupa diri bahawa dia adalah seorang penghafaz al-Quran. Oleh itu, seorang hafiz perlu mengetahui
masalah-masalah berikut dan menjaga dirinya untuk mengelak daripada lupa
hafazan al-Quran. Antaranya:

a. Cintakan dunia dan terlalu sibuk dengannya

Orang yang sibuk dengan perkara keduniaan, tidak akan dapat melapangkan
masa untuk mengulangkaji hafazan. Kegagalan mengulang-ulang bacaan
menyebabkan hafazan akan hilang sedikit demi sedikit dari ingatan. Oleh itu,
dalam mengejar keperluan hidup, seorang hafiz perlulah melapangkan
sejumlah masa setiap hari untuk mengulang bacaan. Firman Allah S.W.T.:
Terjemahannya:
“Sekali-kali jangan begitu, bahkan kalian terlalu mencintai dunia
dan meninggalkan akhirat.” (al-Qiyamah:20-21)

b. Tidak merasai kenikmatan al-Quran

Menjadi seorang hafiz adalah anugerah daripada Allah S.W.T dan sesiapa yang membaca al-Quran akan diberi kenikmatan daripadanya. Sebagaimana para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang khatam pembacaan al-Quran pada setiap hari. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain seperti Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan lain-lainnya di mana setengah daripada mereka khatam pembacaan al-Quran tiga hari sekali, seminggu sekali dan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kegairahan sahabat dalam mengulang-ulang untuk mengkhatam al-Quran kerana mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya. Amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran. Banyak atau sedikitnya kenikmatan membaca al-Quran bergantung kepada kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang rajin membaca al-Quran adalah mereka yang suka bersembahyang malam, beriman kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat, menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar serta bersegera dalam melakukan amal-amal yang soleh. FirmanNya:

Terjemahannya:
“Mereka itu tidak sama, di antara ahli kitab itu ada yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa malam hari, sedang mereka dalam bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera dalam melaksanakan amal-amal yang baik, mereka itu termasuk dalamgolongan orang-orang yang salih.” (al-'Imran:113-114)

c. Hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat

Hafazan al-Quran akan dapat menerang hidup penghafaznya jika dilandasi
oleh hati yang bersih dari kotoran syirik, takabur dan pelbagai kemaksiatan.
Oleh itu menghafaz al-Quran tidak mungkin dilakukan oleh orang yang
berhati kotor kerana kitab ini adalah suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang suci, diberikan kepada Rasullulah
S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci.
Kekotoran hati ini mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh
seseorang. Apabila hati sudah kotor maka hafazan terhadap al-Quran akan
berkurangan sehinggalah ke peringkat hati yang hitam gelap yang akan
menjauhkan seseorang seseorang dari kecintaan dan melupakan al-Quran.

d. Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa

Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan kegigihan
dan kesabaran yang terus menerus. Ini adalah ciri-ciri al-Quran itu sendiri
yang mengajak kita untuk menjadi manusia yang aktif dalam hidup di dunia.
Begitu juga semasa al-Quran diwahyukan kepada baginda Rasullulah S.A.W.
yang memerlukan titisan peluh untuk menerimanya, bahkan seorang sahabat
pernah merasakan beratnya peha Rasullulah S.A.W. ketika pehanya menjadi
sandaran kepada peha Rasullulah S.A.W. ketika baginda menerima wahyu.
Oleh itu, kesabaran, ketekunan dan tidak mudah berputus asa menjadi sifat
kepada seorang yang ingin menghafaz al-Quran. Untuk menghilangkan sifat
tidak sabar, malas dan putus asa, perlulah menghindari perkara-perkara
berikut:
i. Lupa atau sudah tidak berminat lagi terhadap tujuan dan kelebihankelebihan
menghafaz al-Quran.
ii. Tidak bersedia untuk bekerja keras bagi menghafaz dan mengulangulang
hafazan.
iii. Lemahnya bertaqarub kepada Allah S.W.T. yang menyebabkan
lemahnya ruhiyah dalam diri.
iv. Terpengaruh dengan suasana keluarga, sekolah dan masyarakat yang
belum memahami kepentingan pendidikan hafazan al-Quran.
Oleh itu, sebelum seseorang mula menghafaz al-Quran, hendaklah meyakini
mengenai tujuan dan kelebihan menjadi seorang hafiz. Lebih-lebih lagi bagi
seorang dai'e, tentunya memahami pentingnya menghafaz al-Quran. Apabila
sudah memahami tujuan dan kelebihan menghafaz al-Quran, barulah
seseorang itu sedia melapangkan masanya untuk menghafaz dan mengulangulang
ayat-ayat al-Quran. Sebarang halangan dan kesusahan yang dialaminya
semasa pembelajaran akan dihadapi dengan tabah dan sabar kerana
mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T.

e. Niat yang tidak ikhlas

Niat yang tidak ikhlas dalam menghafaz al-Quran bukan sahaja menghalang
kejayaan seeorang menghafaz al-Quran di samping itu juga mendapat kutukan daripada Allah S.W.T. di hari akhirat. Keikhlasan dalam menghafaz al-Quran hendaklah dipertahankan secara terus menerus. Ia menjadi motivasi yang kuat untuk mencapai kejayaan menjadi seorang hafiz dengan selalu mengingatkan janji-janji Rasullulah S.A.W. berupa pahala yang sangat banyak. Di samping itu, adalah perlu daripada peringkat awal lagi, menjadi seorang hafiz tidak menjanjikan peluang keduniaan yang luas, seperti mana mempelajari bidang-bidang yang lain. Di sinilah peranan keikhlasan kepada Allah S.W.T. yang akan menjadi kekuatan dalam diri seorang penghafaz al-Quran bagi mempertahankan niat suci itu.

Masalah Luaran (External) Seorang Hafiz Al-Quran

Masalah luaran ini tidaklah seberat masalah dalaman. Ini kerana banyak orang-orang kafir atau orentalis yang tidak beriman pun mampu untuk menghafaz keseluruhan al-Quran. Tunggak kejayaan adalah datangnya dari keinginan yang kuat dari diri seseorang itu. Namun jika berjaya melepas masalah dalam, masalah
luaran akan mampu diatasi. Antara masalah-masalah luaran adalah:

a. Tidak mampu membaca dengan baik

Penghafaz yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik akan menghadapi dua masalah iaitu masalah membaca dan masalah menghafaz. Masalah ini akan lebih ketara apabila ayat yang dihafaz semakin banyak menyebabkan penghafazan terhenti separuh jalan. Terdapat juga mereka yang melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus dapat menamatkan penghafazan mereka. Jika penghafaz tidak mampu melakukan dua perkara sekaligus, adalah baik ia melancarkan bacaan al-Quran terlebih dahulu barulah menghafaznya.

b. Tidak mampu mengurus masa

Penghafaz yang tidak mampu untuk mengurus masa mereka akan merasa kesuntukan masa untuk menghafaz di samping melakukan kerja-kerja yang lain. Untuk ini, seorang penghafaz perlu mendisiplinkan diri melapangkan sebahagian masa untuk menghafaz. Sebaiknya jadikanlah menghafaz sebagai tugas utama serta menjadikan kenikmatan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran mengurangkan masa untuk melakukan tugas-tugas yang lain.

c. Sukar membezakan ayat-ayat Mutasyabih

Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah S.W.T, mempunyai ayat-ayat
yang sama dari segi makna dan lafaznya.
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang (keterangannya berbagai cara),(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) yangmenyebabkan badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram…” (al-Zumar:23)
Ayat-ayat Mutasyabih bermaksud ayat yang mempunyai persamaan seluruh
atau separuhnya di antara satu sama lain. Ayat ini kadangkala adalah sama
seratus peratus dan pada tempat yang lain ia berbeza hanya pada satu huruf
sahaja (Muhsin, 1994: 62). Seseorang penghafaz tidak boleh dikatakan mahir
dengan hafazannya selagi belum menguasai ayat Mutasyabih ini.

Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ

PENYELIDIK-PENYELIDIK:
USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH
PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR
USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
USTAZ AZHAR BIN MUHAMMAD
USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003


Mari muhasabah diri :)

Better late than never



_ jom bersama ISLAM_

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Follow me by Email

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)