Wednesday 31 October 2012

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?


WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?
Oleh:  Husna Abdul Wahab 
Majalh Sinar Rohani, Oktober 2004 
   
Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini 
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang 
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri.  Wanita yang kaya, 
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun 
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya. 

 Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki 
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”.  Ini 
disebabkan wanita yang melaksanakan  segala ajaran agama akan memberikan 
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga. 
 Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami?  Jika 
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri 
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita 
dalam memilih bakal suami mereka. 

 Hal ini disebabkan aspek memilih  jodoh bukanlah perkara yang boleh 
dipandang mudah.  Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa 
penilitian yang mendalam.  Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal 
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani 
besama dengan pasangan. 

 Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu 
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.  
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang  paling teruk menerima kesan 
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan 
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan 
sebagainya. 

 Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi 
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang 
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.  Rasulullah SAW bersabda yang 
bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu 
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan 
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

 Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti 
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih 
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.  Lelaki yang 
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala 
perintah Allah SWT  dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, 
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya 
raya, hakikatnya ia adalah miskin. 

 Mengapa demikian?  Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta 
kekayaan melalui aktiviti  perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.  Hak-hak isteri dengan sendirinya 
hilang dan terabai.  Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab 
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan.  Inilah yang dimaksudkan oleh 
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan 
yang besar”. 

 Suami yang hidup dalam kefasikan  bermakna mengundang murka Allah 
SWT.  Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup 
berumahtangga akan dapat dinikmati? 

 Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan 
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak 
perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki.  Dengan lelaki yang 
bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab, 
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia 
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya 
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”. 

 Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk  “al-Bayt al-Islami Kama 
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup 
keseluruhannya.  Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian 
terhadap bakal suami.  Ini  kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka. 

 Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih 
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari 
sudut sosial, psikologi dan ekonomi.  Tambahan lagi pandangan negatif 
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi 
tekanan perasaan mereka.  Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai 
oleh golongan wanita berbanding lelaki.  Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda 
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan 
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan 
silaturrahim dengan anaknya sendiri”. 

 Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa 
agar mengahwinkan anak perempuan  mereka dengan lelaki yang beriman dan 
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik. 
 Apakah fitnah atau malapetaka  yang lebih besar selain daripada 
menikahkan anak-anak yang berjiwa  bersih, berperibadi mulia dan taat 
menjalankan suruhan agama  dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah 
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat? 
 Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika 
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi 
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat 
yang diterajui oleh suami mereka sendiri. 
 Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh 
kesesatan suaminya.  Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan 
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.  Semua ini jelas merupakan kerugian 
yang nyata sekali bagi dirinya. 

 Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana 
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang 
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak 
perempuannya sendiri. 

 Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal 
pemilihan jodoh.  Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang 
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” 
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih 
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, 
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya. 

 Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud:  “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang 
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin, 
Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya, 
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32). 

CaRi lAh IsTeRi yAnG bErAgAmA =)

carilah isteri yang beragama...disitulah terdapat ketenangan yang di anugerahkan oleh Maha Pencipta..ketika mana sang suami lalai dalam menunaikan ibadat kepada Allah..dia mengingatkan..ya Allah.ku Bersyukur..atas Pemberian Mu kepada ku..


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini 
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).




saban hari, dunia semakin sunyi dengan zikir kepada Allah....
saban hari, quran yang pernah bersama dahulu..sering tertinggal.....
saban hari, solat fardu yang kadang-kadang terlanjur waktunya...
saban hari, zikir selepas solat kadang2 tidak terbuat.

tetapi..memiliki seorang isteri yang arif tentang agama,yang dicaturkan oleh Allah dengan acuan agama..memang menguntungkan ,,bukan sekadar dunia..malahan akhirat..

ketika mana sang suami sering lalai dalam menunaikan solat fardu pada waktunya..sang isteri mengingatinya malahan memarahi untuk menyedarkan sang suami tetang kewajipan nya..SUBHANALLAH..

ketika mana Al-quran yang sering dihafal sebelum ini di lupakan..dia mengingatkan untuk mengulanginya malahan mengajak untuk membaca bersama.ramai yang berpandangan,selepas kahwin susah nak hafal quran,dan baca quran..semuanya atas kehendak masing-masing..

ketika mana waktu subuh kian hampir..si dia sering mengejutkan sang suami untuk ke surau..biasalah..sifat malas kadang kala memusuhi untuk alpa dalam beribadat..

berdoalah kepada Allah..dalam mencari pasangan hidup.tiada siapa boleh menentukan siapa pasangan kita melainkan Allah..biarlah nikmat kehidupan itu dinikmati bersama pasangan yang selalu mengingatkan kita kepada kematian..Aku BERSYUKUR YAAALAH..kerada mengurniakan kepadaku seorang puteri yang selalau mengingatkan aku KEPADAMU YAALLAH..




Thursday 18 October 2012

SubhanALLH..Hebatnya kUaSa ALLAH!! jom baca..


 Sultan Muhamad al Fateh mencipta kejayaan ketika berusia 21 tahun…


Beliau berjaya memimpin pasukan tenteranya menakluk Kota Konstantinopel lalu menukar namanya kepada Istanbul atau Islam seluruhnya. Selain tentera yang terlatih mereka juga membawa “Meriam Urban” senjata ampuh yang menakutkan Maharaja Constantine dan pasukan tenteranya.

Kejayaan Sultan Muhamad al Fateh memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat (kapal belayar di daratan) masih menjadi tanda tanya sampai sekarang. Setelah berjaya menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar gereja besar Aya Sofya kepada sebuah masjid dengan persetujuan penduduk tempatan dan ketua-ketua paderi.

Apabila sudah dijadikan masjid timbul pula masalah penentuan arah kiblat. Sultan Muhamad al Fateh sembahyang sunat dan berdoa. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke dinding Aya Sofya dan bangunan itu bergerak ke arah kiblat.

Aya Sofya kekal menjadi masjid kebanggaan umat Islam sehingga sampai kepada zaman pemerintahan Mustaffa Kamal Ataturk yang menukarnya kepada sebuah Muzium. Sejak itu tidak kedengaran lagi azan berkumandang dari Aya Sofya dan masjid-masjid lainnya.

Mustafa Kamal Ataturk pernah cuba hendak meruntuhkan menara Aya Sofya supaya tidak menampakkan lagi lambang sebuah masjid. Tetapi anihnya apabila menara itu hendak ditumbangkan dengan menggunakan kren maka seluruh bangunan Aya Sofya bergerak. Kerana bimbang bangunan itu turut runtuh maka menara itu tidak jadi ditumbangkan.

Sultan Muhamad al Fateh bersumpah sesiapa yang menukar keputusannya itu akan mendapat laknat dari Allah. Sumpahan itu menjadi kenyataan selepas Mustafa Kamal Ataturk menukar Aya Sofya kepada Muzium beliau mengidap penyakit misteri, iaitu berasa panas yang melampau, hidung keluar darah tidak henti-henti, gatal seluruh badan, tidak boleh tidur, tidak ada selera makan dan perutnya membusung. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat penyakit itu dan mayatnya tidak di kebumikan hingga sekarang.

Khabarnya usaha sedang dilakukan untuk menukar semula Aya Sofya kepada sebuah masjid. Semoga usaha itu menjadi kenyataan

* Kejahatan Kamal Atartuk membawa padah:

Mayat kamal atartuk diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Oleh Umar Luqman

GeLaRaN SaHaBaT-SaHaBaT NAbi...


                               Gelaran-gelaran Sahabat Nabi

1. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pendeta Umat dan Penterjemah Al Quraan?
Abdullah bin Abbas

2. Sahabat Nabi yang digelar dengan 'Sayid Fawares' Ketua Pahlawan Berkuda?
Abu Musa Al As'ary

3. Sahabat Nabi yang digelar dengan Pemegang Amanah Umat
Abu Ubaidah bin Al Jarrah

4. Sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu Masakin bapa orang-orang miskin?
Ja'far bin Abi Talib

5. Sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah?
Saad bin Muaz seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar
penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam .

6. Sahabat Nabi yang teramat mustajab doanya?
Saad bin Abi Waqqas

7. Sahabat Nabi yang digelar sebagai Penyimpan Rahsia Rasulullah ?
Huzaifah bin Al Yamani

8. Sahabat yang dikenali sebagai 'Ghasel Malaikat " yang dimandikan oleh para Malaikat?
Hanzalah bin Abi 'Aamir

9. Sahabat Nabi yang gemar memakai kain pengikat kepala berwarna merah untuk berlagak terhadap musuh di jalan Allah?
Abu Dujanah


10.Sahabat Nabi yang digelar 'Dhahiyatul Arab' yang berotak geliga?
Amru bin Al 'Ash

11.Sahabat Nabi yang digelar 'Dzil Yadaein' si Dua Tangan?
Al Kherbaaq bin Bani Sulaim.

12. Sahabat Nabi yang panjang umur dan beliau akhir sekali wafat di kalangan Sahabat?
Anas bin Malik

13 Sahabat yang mana Nabi suka bergurau dengannya dan pernah memanggilnya ' wahai si fulan yang punyai dua telinga'
Anas bin Malik

14. Sahabat Nabi yang terakhir dapat melihat wajah Nabi sebelum wafatnya?
Quthum bin 'Abbas bin Abdul Muttalib

15. Sahabat Nabi yang meminum darah dari bekaman Nabi?
Abdullah bin Zubair.

16. Sahabat yang digelar sebagai 'Mirip dengan Malaikat'?
'Imran bin Al Hushoin

17. Sahabat yang hayatnya sebelum dan sesudah Islam mempunyai tempoh yang sama iaitu 60 tahun?
Hassan bin Tsabit

18. Sahabat yang digelar sebagai 'Abu Turab' si bapa tanah?
Ali bin Abi Talib

Wednesday 17 October 2012

CiNtA tEmAn Vs cInTA GirLfRiEnD

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Indahnya berukhuwah kerana Allah..cinta kita yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya..disana terdapat cinta kerana Allah..iaitu sahabat..apa ytang dimaksudkan CINTA SAHABAT kerana Allah?

   ERTI cinta kita kepada sahabat adalah dengan mengajak kepada kebaikan dan nasihat dalam mencegah kemaksiatan..begitu juga cinta sahabat kita terhadap kita.nilai lah ,sejauh mana sahabt kita yang selama ini kita bersama nya,mengajar dan mengajak kiota kepada kebaikan..jika itu tiada ,,ertinya kita tersilap dalam memilih sahabat yang terbaik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak..

   zaman sekarang ,banyak perkara yang terbalik perbuatanya..adakah benar,dahulukan MAKWE,PAKWE daripada sahabat terdekat.;sebagai contoh..seorang sahabat mempelawa untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu..akan tetapi,kita menolak hanya kerana teman couple kita mengajar untuk keluar dan bersiar-siar..

    adakah kita sudah mempunyai hubungan yang halal dengannya??adakah jatuh tanggungjawab kita terhadapnya??TIDAK!malahan di akhirat nanti dia juga lah yang akan bangkitkan kesalahan2 yang pernah dilakukan terhadapnya di dunia sebelum ini..nauzubillh..bertaubatlah sahabat tercinta dari tergoda dengan lamaran CINTA ilusi dunia. ana percaya 8 daripada 10 sahabat2 kita kecundang dalam SANGKAR CINTA..apa tindakan kita??beranikah kita menegurnya??atau membiarkan nya saja??atau turut sama MENYOKONGNYA??.
    .ini adalah satu masaalah dalam bersahabat,apa yang kita suka,kita ikut ,,apa yang kebaikan kita support..tapi silapnya..apabila sahabat melakukan kemungkarang.tidak ada sesiapa berani membuka mulut untuk menasihatinya..Astarfirullah..BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI..=)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

WASSSALAM...

Tuesday 16 October 2012

--ReMaJa DaN KeHiDuPaN---

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr: ayat 1-3)

    sebagai satu perkongsian dan pengalaman..jika diperhati..kemana agaknya hala tuju remaja pada hari ini..seolah-olah dunia ini kekal abadi.kerana kelalaian dari mengingati Allah dan hari akhirat..usah pergi jauh..cuba kita lihat dalam kontek seorang mahasiswa , dalam lingkungan umur 20-24 tahun.masih ramai lagi yang memperlekehkan soal ibadat dan hukum agama ..walaupun dalam masa yang sama ,hari menghitung hari mempelajarinya..apa sebab semua ini berlaku..antaranya adalah tiada KEBERKATAN dalam menuntut ilmu..
    apa yang perlu difahami bahawa cahaya Allah itu tidak akan bercampur bersama kekotoran ,yakni maksiat..jika diperhati..mahasiswa hari ini..kurang menekankan ilmu dalam bidang agama.seperti tauhid,feqah,akidah dan lainnya..di sebabkan oleh demikian.tiada asas2 tersebut untuk membawa diri di zaman yang gondak gulana sekarang....ramai yang pakar dalam ilmu dunia,tapi sebahagian sahaja yang mahir dalam ilmu agama..jadi,inilah yang merungsingkan kita,dengan pelbagai masaalah,COUPLE,MEROKOK,TIDAK SOLAT, dan sebagainya.tidak logik sebenarnya ,seorang mahasiswa yang diberi akal fikiran yang cerdik olehAllah,melakukan demikian..
    pertama..ADALAH disebabkan NAFSU itu sendiri.setiap manusia tidak dapat lari dari elemen yang dinamakan nafsu..tetapi.kita sendiri yang mengawal nya.yang berlaku itu adalah kerana nafsu yang mengawal kita,bukan kita yang mengawalnya.masaalah bercinta,couple..cukup MERBAHAYA ..berapa ramai mahasiswa yang melakukan hubungan haram,dating,bergayut..sedangkan mereka tahu semua itu adalah satu dosa disisi islam,telah termaktub di dalam kitab Allah..tapi..kenapa???adakah kurang ILMU AGAMA??atau BUAT TAK FAHAM?? 
   kedua,di sebabkan oleh rakan..mana mungkin sesorang itu tidak akan terkena percikan sifat seorang rakan karib jika selalu bersama nya..jika bersahabat dengan sahabat yang soleh..yang mengajak kepada kebaikan ,so,itu lah yang akan diikuti.tapi.bila mana bersahabat dengan seorang yang mencuri,tidak menghormati guru.,akan begitu juga jadinya,,
   berapa ramai remaja yang bvetul-betul istiqamah dalam SOLAT JEMAAH??berapa ramai yang selalu bersama dalam MAJLIS ILMU???berapa ramai REMAJA yang berusaha mencari ILMU AGAMA??

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 

"KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH..JANGAN JADIKAN KEHIDUPAN KITA SIA-SIA WALAU SESAAT..SAHABAT SEPERJUANGAN MARI SAMA-SAMA MEMPERBETULKAN DIRI DAN SAHABAT2 YANG LAIN DAN BERUSAHA MENGINGATI  ALLAH setiap detik NAFAS KITA,,"wassalam..

Friday 12 October 2012

KeNaLi Habib Ahmad Masyhur ...


Habib Ahmad Masyhur


 Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib 'Umar bin 'Alawi al-Haddad yang merupakan adik bongsu kepada Habib Abdullah al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin 'Umar al-Haddad.

Habib Ahmad Masyhur telah mendapat didikan dan asuhan agama sedari kecil lagi. Beliau menimba ilmunya dari ibunya dan lain-lain ulama termasuklah belajar kepada pendiri Rubath Qaydun dua bersaudara iaitu Habib 'Abdullah bin Thohir al-Haddad dan saudaranya Habib 'Alwi bin Thohir al-Haddad. Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tawhid, tasawwuf, tafsir dan hadis. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana.

Tatkala berusia awal 20-an, Habib Ahmad telah dibawa oleh gurunya Habib 'Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama di sana, antaranya dengan Habib 'Abdullah bin Muhsin al-'Aththas, Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad dan Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar.

Sekitar tahun 1350H, Habib Ahmad berhijrah ke Afrika Timur untuk berdakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi s.a.w. Beliau menetap di Mombasa, Kenya, dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika. Pada tahun 1375H, beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih telah menghabiskan masanya untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai sehingga dikatakan sepanjang beliau berada di Afrika, puluhan ribu penduduk di sana, bahkan setengah mengatakan jumlah tersebut menjangkau ratusan ribu, yang memeluk agama Islam ditangannya. Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana.

Hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, Habib Ahmad telah dipanggil kembali ke rahmatUllah di Jeddah. Setelah disembahyangkan di Jeddah dengan diimamkan oleh almarhum Habib Dr. Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani dengan kehadiran Habib 'Abdul Qadir as-Saqqaf, jenazahnya yang mulia telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka'bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Jannatul Ma'la. Selain meninggalkan ribuan murid, Habib Ahmad turut meninggalkan beberapa karangan antaranya:
1. Miftahul Jannah;
2. Majmu` Fatawa;
3. Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
4. ad-Durratun Nafi`ah; dan
5. as-Sabhatuts Tsaminah.
Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan Habib Ahmad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-
 Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama
Limpahan sholawat dan salam sejahtera

Akhirul kalam, antara lain, menceritakan bahawa Habib Ahmad Masyhur al-Haddad telah mengIslamkan 300,000 orang selama dakwahnya di Afrika Timur...Allahu ..Allah. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.

"aNa TeRiMa DeNgAn hATi iKhLaS KeRaNa ALLAH" siri 2


Allhamdullah..

   dari hari ke hari,berjalan seperti yang dirancang..tapi kita perlu ingat,rezeki tidak akan datang tanpa usaha..ujian Allah tetap ada..pada mulanya..ana menyangka umi (ibu adawiyyah) terus memberi "lampu hijau" untuk meneruskan hasrat kami..satu pagi,adawiyyah memberitahu bahawa "umi kata nak anak2nya belajar dan bekerja dulu dan balas jaga ibu n ayah..kemudian barulah boleh membina rumahtangga".tersentak dan sedih..hibanya rasa hati..kecewa,kerana apa yang yang disangka sebelum ini tidak menjadi realiti..dengan membalas"takpa ana redho,mungkin ada hikmahnya"

    tapi..ana tahu ..dan percaya BIJAKNYA aturan Allah.Allah tidak akan memberi ujian keatas seseorang diluar kemampuannya..memikirkan keadaan yang terjadi sekarang dalam dunia penuh fitnah.kami sama2 berbincang dalam memikirkan bagaimana untuk memberi kefahaman kepada umi tentang pentingnya ikatan HALAL itu..Allahuakbar..hari semakin hari..ujian bertambah..dunia sekarang penuh fitnah.sehinggan suatu hari mesej diterima "assalamualaikum.anta,ana mintak maaf sangat2.ana fikir,semua ni ujian dri Allah.kita berhenti berhubung,kita serahkan semuanya pada Allah"..ana terdiam..terus membalas"insyallh..apa yang baik bagi enti..buatlah.moga2 ana kebaikan disebaliknya,wslam"
      pada suatu malam,ana bersama-sama sahabat menthalaah(mendalami) kitab agama di surau sekitar daerah k.terengganu.dalam kuliah tersebut.ustz menceritakan tentang hukum wajib,harus,haram berkahwin dan masaalah sosial remaja..Ya Allah..berapa banyak dosa yang dilakukan sebelum ini.
       Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Sesungguhnya milikmu adalah yang pertama dan yang kedua bukan milikmu."
(Riwayat Ahmad)
     bukan mudah untuk seorang lelaki yang bergelar manusia normal menjaga pandangan masing2 daripada melihat perempuan yang boleh dinikahinya...Astarfirullah..bagaimana caranya untuk aku menjaga pandangan??
              Salah seorang orang soleh pernah ditanya: Bagaimana caranya saya nak menundukkan pandangan? Beliau berkata: Caranya ialah dengan engkau mengetahui bahawa pandangan Allah kepada engkau lebih cepat daripada pandangan engkau kepada apa yang dipandang.     
          okey!!mungkin ini boleh dicegah .kerana dalam suasana dan bi'ah maahad yang tidak bercampur perempuan dan lelaki melainkan yang nampak perempuan yang memakai jubah.dan jilbab yang labuh.dan hidup dengan biah penghafal2 Al-quran..tapi bagaimana dengan SOAL HATI..KASIH SAYANG??
   sehinggakan Nabi Muhammad pernah menyebut dengan soal hati.iaitu penyakit hati..NAUZUBILLAH..semua manusia tidak dapat lari dari perasaan cinta dan kasih sayang.bohong jika ada yang berkata"saya ada kekasih,pakwe,tapi tidak pernah berhubung,mesej pun tidak.tapi saya sayang dia". kami terfikir sampai..sampai bila kita nak macam ni(tidak ada apa-apa ikatan)
           selang beberapa bulan.Alhamdulih.Adawiyyah telah khatam hafazanya.dengan usha yang kuat dengan tangisan yang banyak.dan pada waktu itu ana dalam proses menghafal juz 26..yaAllah..betapa sukarnya.bagaimana mungkin NURR (cahaya quran) nak masuk ke dalam ingatan jika bercampur dengan maksiat kepada Allah..satu mesej dihantar kepada Adawiyah"asslmulaikum,ana cuma nak enti doakan ana kuat semangat dalam hafazan,dan enti perlu tahu takda istilah couple dalam hidup ana,mintak lembutkan hati keluarga .enti bacalah Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł… Ų§Ł†ŲŖ Ų±ŲØŁŠ Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų§ Ų§Ł†ŲŖ Ų¹Ł„ŁŠŁƒ ŲŖŁˆŁƒŁ„ŲŖ ŁˆŲ§Ł†ŲŖ Ų±ŲØ Ų§Ł„Ų¹Ų±Ų“ Ų§Ł„Ų¹ŲøŁŠŁ… ŁˆŁ„Ų§ Ų­ŁˆŁ„ ŁˆŁ„Ų§ Ł‚ŁˆŲ© Ų§Ł„Ų§ ŲØŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų¹Ł„ŁŠ Ų§Ł„Ų¹ŲøŁŠŁ…...wslm"
             
Alhamdullh..kami sama2 menamatkan pengajian kami dengan membawa sijil Stam,muet,shahadah tahfiz..kemudian ..kami diterima mengajar di mahad darul quran rusila(maahad tuan guru haji abdul hadi awang) sebagai guru tahfiz..rezeki di murahkan oleh Allah..
            satu hari Adawiyyah meminta supaya ana datang kerumahnya untuk meminang..terkejut dan bahagia . .mungkin ini satu petanda Allah tolong dalam usaha mendapatkan ikatan yang halal..ana balik ke rumah dan mengajak ibu ke rumahnya.Allhamdullh..dapat support darei ibu tercinta..ibu yang kuat tarbiyyahnya dan juga kuat dalam mentarbiyyah anak2nya..ibu memahami kehendak anaknya .dengan bermatlamat menjauhi anak2nya daripada mendekatkan diri ke alam sosial..dengan berbekalkan KEREPOK LEKOR..kami pergi dengan sebuah kereta .untuk membincangkan dan minta persetujuan dari umi adawiyyah.Allahamdullh..tarikh yang dirancang 24 julai..untuk majlis pertunangan..kami tanggal 24 julai terikatlah kami dengan ikatan kecil ..moga-moga ini menjadi satu titik tolak dalam mencapai ikatan yang halal..bak kata orang.apabila bertunang INSYALLH .tak lama dah nak kahwin..=)..

insyallah akan bersambung.dengan pengalaman ujian dalam menempuh khwin ketika usia muda dan bagaimana Allah menolong hambanya dalam usaha mencapai redho NYA.=)..

           

Thursday 11 October 2012

Senarai Ulama' Islam Di Zaman Ini


Senarai Ulama' Islam Di Zaman Ini
Oleh :
Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan ulama masa kini yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia sekitar 50 tahun ke atas....(kurun ke 19-20) - Fokus lebih kepada bidang Fiqh.
Tujuan senarai nama ini dibuat adalah bagi memudahkan rakan-rakan yang baru ingin bermula membuka kitab-kitab arab terutamanya, agar tidak tersilap memilih kitab dari individu yang tidak berauthoriti. Akhirnya kerap membawa kepada pemikiran songsang serta Islam liberal.
Oleh kerana terlampau ramainya nama-nama ulama yang diiktiraf ilmunya dalam bidang mereka, maka senarai ini hanyalah sempat meletakkan sebahagian kecil sahaja. Maka ia sememangnya tidak lengkap sama sekali.
Jika terdapat mana-mana ilmuan Malaysia yang ingin menambah sendiri nama-nama lain, maka ia adalah amat dialu-alukan.
Adapun kriteria pemilihan nama-nama yang diletakkan di sini, juga tidaklah mampu saya sertakan. Saya juga tidaklah mampu untuk membuat ‘standard'-standard tertentu untuk mereka. Cuma ia hanyalah satu penilaian bebas, hasil pembacaan saya terhadap kitab-kitab mereka yang terbatas dan tidak terikat dengan displin pemilihan tertentu. Keranaitu, mungkin anda akan dapat melihat bahawa nama-nama ini berat kepada pakar Fiqh berbanding pakar dalam bidang Sejarah Islam, Aqidah, Hadith dan lain-lain. Ini adalah kerana kecenderungan saya yang lebih kepada bab Fiqh berbanding yang lain.
Saya juga dengan sengaja memasukkan nama-nama tokoh samada aliran salafi mahupun khalafi di dalam senarai bagi dimanfaatkan oleh semua. Cuma tokoh SYiah tidaklah saya masukkan kerana ia kesalahan mereka dalam bab aqidah dan pelbagai cabang ilmu islam tidaklah dapat saya kompromikan.
Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
Bil
Nama
Negara
Kemahiran
Tahun Wafat / Lahir
1.
Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah
Mesir
Mesir - Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am
wafat 1974 m
2
Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf
Mesir
Fiqh dan Usul
Wafat sekitar 60-70 an
3
Syeikh Muhammad al-Ghazali
Mesir
Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah
wafat 1998 m
4
Syeikh Mustafa As-Sobri
Turki
Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah yang terakhir
5
Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi
Mesir
Syeikh Al-Azhar yg lalu , pengarang kitab tafsir dlm jilid yg cukup besar. Bidang Tafsir
6
Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki
Mesir
Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m
7
Syeikh Mahmud as-Syaltut
Mesir
(Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu
Fiqh dan Fatwa ‘am
8
Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi
India
Keturunan Nabi . Bidang Fiqh, Dakwah dll
Wafat
9
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
Mesir
Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah , semua bidang Islam.
1948 M
10
Syeikh Abul A'la Al-Mawdudi
India
Hadith, Fiqh , Dakwah dll
1989 M
11
Syeikh Hasan Al-Habannakah
Syria
Aqidah, Fiqh dll
wafat
12
Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa
Syria (lahir) & Jordan
Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 dan Fatwa ‘Am
1998 M
13
Syeikh Abd Razak As-Sanhuri
Mesir
Undang2 dan Fiqh
14
Syeikh Abd Aziz Bin Baz
Saudi
Fiqh, Aqidah dan umum Islam . Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia
Wafat
15
Syeikh al-Muhaddith Nasiruddin Al-Albani
Jordan
Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Salafi
2000 M
16
Syeikh Abd Hayy Al-Katani
Mesir
Pakar Hadith Mesir
17
Syeikh Ahmad Muhd Syakir
Mesir
Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh
18
Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba'ie
Syria
Fiqh, Undang2 Islam, Hadith dan pakar berkenaan gerakan oreintalis. Ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan
19
Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari
Maghribi,
Mesir
Pakar Hadith
Wafat 1959 m
20
Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah
Syria
Pakar Hadith
Wafat 1996 m
21
Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur
Tunisia
Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh dan Maqasid Shariah
Wafat
22
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Acheh
Fiqh
Kurun ke 17
23
Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari
Acheh, Banjarmasin
Fiqh
1808 M
24
Syeikh Daud Al-Fatani
Nusantara
Fiqh
Kurun ke 19
25
Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani
Indonesian
Pakar Tafsir, Usul Fiqh
Kurun ke 18
26
Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud
Mesir
Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah
27
Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi
India
Pakar Hadith danUlumnya
Wafat 90 an
Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol di dunia akademik dan dakwah.
1
Syeikh Al-Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi
Mesir (lahir)
Skrg di Qatar
BA - Usuluddin
MA (ulum Quran dan Sunnah), Dip Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar )
* Pakar Fatwa ‘Am.
* Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah.
* Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar .
* Ex- Ahli Majma' Fiqh Sedunia.
Lahir tahun 1926 m
2
Syeikh Prof. Dr Sa'id Ramdhan Al-Buti
Syria
PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )
Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh.
3
Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli
Syria
PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, 1963 ). Ex Majma Fiqh . Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh.
Lahir 1932 M
4
Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli
Syria,
UAE
Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE
5
Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir
Jordan , skrg Qatar
Pakar bidang Fiqh Mu'amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.
6
Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot
Syria ,
Jordan
Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma'ad dll.
7
Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn
Syria
Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)
8
Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha
Syria
Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)
9
Syeikh Dr Fathi Yakan
Lubnan
Pendakwah. Pengarang yang hebat
10
Prof. Dr. Nazih Hammad
Saudi
Ex- Pensyarah Umm Qura
Pakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia
11
Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman
Saudi
Univ. Ummul Qura
Pakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh
12
Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid
Saudi
Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Ketua Majma Fiqh Dunia
13
Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki
Saudi
Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.
14
Syeikh Sodiq Al-Habannakah
Syria
Adik Syeikh Hasan Habannakah.
Pakar bidang Fiqh dan Lughah
15
Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni
Mesir
Fiqh dan Usul Fiqh
16
Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan
Mesir
Fiqh Muqaran
17
Prof. Dr Muhammad al-Baltaji
Mesir
Univ. Al-Qaherah
Fiqh dan Usul Fiqh
18
Syeikh Prof. Dr. ‘Atiyah Saqr
Mesir
Fiqh dan Fatwa ‘Am
19
Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni
Syria, Jordan
PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &
Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa
Umur 80 an
20
Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas
Jordan
PhD Tafsir Al-Azhar 1975 . Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk
21
Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi
Jordan
Pakar Tafsir dan ‘Ulum Quran
22
Syeikh Ibrahim al-‘Ali
Jordan
Pakar Hadith dan Sirah
23
Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim
Jordan
PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ.Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk
24
Prof. Dr Rafiq Al-Masri
Mesir
Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional
25
Prof. Dr Kurshid Ahmad
Skrg UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
26
Prof. Dr Umar Chapra
UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
27
Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie
India, UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
28
Mufti Taqi Uthmani
Pakistan
Pakar Ilmu Muamalat Islam Sedunia
Ahli Majma Fiqh Islam dan lain-lain
29
Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni
Saudi (dulu)
Ex- Univ Madinah. Ulum Quran
30
Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan
Iraq,
Yaman
Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am
31
Prof. Dr Sodiq Dharir
 Sudan
Univ. Khartoum, Sudan
Ahli Majma' Fiqh , Pakar Mu'amalat .
32
Prof. Dr Ali Ahmad Salus
Qatar
Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
33
Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili
Tunisia
Ahli Majma' Fiqh
34
As-Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah
Syria
Pakar Muamalat Islam Sedunia
35
Prof Dr Ali Ahmad Salus
Qatar
Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
36
Prof. Dr Syeikh Muhyiddin Ali Al-Qurra Dahghi
Qatar
Pakar Muamalat Islam, Ahli Majma Fiqh
37
Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di
Iraq, Jordan
Phd Ummul Qura dengan First Class.
Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Bekas Mufti Iraq.
38
Syeikh Prof. Dr ‘Ajil Nashmi
Kuwait
Pakar Muamalat dan Fatwa ‘Am
39
Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin
Jordan
PhD Fiqh (al-Azhar)
Pensyarah Univ. Jordan.
Digelar Ulama teralim Jordan sekarang
Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah.
38
Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Jordan
Univ. Zarqa Ahalliah
Fiqh dan Usul dan Mu'amalat
Fatwa ‘Am.
39.
Syeikh Prof. Dr Dhiya al-‘Umari
Saudi
Pakar Sirah, Hadith
Prof. Univ Ummul Qura
40.
Prof. Dr Muhammad Ali El-Ghari
Saudi
Pakar ekonomi Islam
Sekian,
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)