Monday 6 October 2014

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

                        Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.

                        Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-
Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.


KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. 
Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

                        Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

                        Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t.melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

                        Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."



_ jom bersama ISLAM_

biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah


Berikut adalah biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka semuanya di sini.  Para sahabat Nabi ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Ambillah contoh-contoh baik dan pedoman dari mereka.
1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
11) Bilal bin Rabah
12) Abu Darda’


Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar r.a adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al Khattab r.a adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar r.a adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keIslamannya. Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasululllah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“. 

Saidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“. 

Saidina Ali r.a adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan suami kepada Fatimah az-Zahra (anak perempuan Rasulullah s.a.w). Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali r.a. Beliau menurut Rasulullah s.a.w adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. 

Saidina Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.


Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang pertama menghunus pedang di jalan Allah (fisabilillah). Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!" Beliau adalah salah seorang sahabat terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“. 


Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.


Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.


Saidina Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah.


Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.


Saidina Bilal bin Rabah telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam jangkamasa yang lama.

Saidina Abu Darda’ digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)