Friday, 3 May 2013

10 Sebab Mesti Undi Pakatan Rakyat


10 Sebab Mesti Undi Pakatan Rakyat

election10 sebab rakyat mesti undi Pakatan Rakyat. Saya letakkan di sini 3 sebab dan saya copy-paste artikel di bawah bagi 7 lagi sebab:
Pertama: Kita hanya ada 2 pilihan, BN atau PR. Jika kita pilih BN, segala dosa lalu, pemborosan sebelum ini, kezaliman yang telah berlaku, khianat amanah rakyat dan lain-lain kemungkaran akan diteruskan. Kalau pilih PR, kita ada peluang melihat perubahan untuk 5 tahun akan datang. jika baik, teruskan sokongan. Jika tidak, kita ada peluang untuk berubah.
Kedua: Semua parti-PAS, PKR, DAP mendokong keputusan bersama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang menerima Perlembagaan seperti Raja Berperlembagaan, Islam agama Persekutuan dan isu bahasa. Umno telah menggadai agama, bangsa dan tanahair dalam pelbagai isu.
Ketiga: Komitmen memberikan keutamaan kepada rakyat dari semua parti dalam Pakatan Rakyat. Negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuktikan kemampuan memerintah. BN penuh dengan pemimpin yang hanya mengutamakan kroni. Rakyat hanya berada di pinggiran.

(Syed Abdullah Syed Osman) Tujuh sebab mengapa rakyat perlu mengundi Pakatan Parti Rakyat, PAS, PKR dan DAP demi untuk pastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama, adat resam dan keturunan mendapat hak mereka sebagai warga negara Malaysia yang selama ini kurang diberikan perhatian atau hampir dipinggirkan.

Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat.

Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan ‘kekebalan’ dan keistimewaan’ saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan.

Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita.

Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya.

Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak  bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu.

Keenamnya -  rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya. 

Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya -  mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya


_ jom bersama ISLAM_

Follow me by Email

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)