Saturday 8 December 2012

Soal - Jawab : Kenapa mahasiswa perlu berpolitik.??


Soal - Jawab : Kenapa mahasiswa perlu berpolitik.

Ramai orang tak faham kenapa mahasiswa perlu berpolitik. 
Sebenarnya mereka tak faham sebab dah melihat persoalan neh
dari konteks yang salah. Apa yang mereka lihat ialah ;

Kenapa mahasiswa sibuk nak berpolitik?

Tapi persoalan sebenarnya ialah ;

Kenapa mahasiswa tidak di izinkan berpolitik LEBIH2 lagi yang bukan 
cenderung kepada kerajaan?

Apa pula tuntutan mahasiswa? Adakah mereka mahu ;

Mari semua mahasiswa kita berpolitik sampai lebam.
Tinggalkan seme sekali termasuk study.

ATAU

Mahasiswa yang nak berpolitik, dibenar berpolitik. Nak pro bn ka, 
pro pr ka, atas pagar ka apa kata lantak
 lue punya pasal janji lue nak politik takde sapa2 boleh halang lue
 suarakan apa yang lue rasa. Tapi biarlah 
politik dan pelajaran kena seiringan. Bukan macam sekarang, seme tak boleh. 

Mari kita perhatikan hujah2 mereka yang sering menghalang 
mahasiswa neh daripada terlibat aktif dalam
 berpolitik ;

Soalan : Mahasiswa neh patut focus pada study.
 Nak politik lepas belajar lah bro.

Jawapan : Okey. Tapi kenapa mesti pr dan lain2 parti sahaja
 yang kena ikut peraturan neh. Apasal mahasiswa 
pro bn dibenar berpolitik? Ini undang2 berat sebelah bro.

Soalan : Logik lah bhai. BN parti pemerintah. Takan dia
 nak izin orang berpolitik balon dia pula.

Jawapan : Ikut logik akal, ya. Tapi ikut logik undang2, neh salah.
 Kalau ko sungguh nak larang mahasiswa
 berpolitik maka buat betul2. Halang seme sekali, jangan halang
 separuh2. Bila ko sendiri bersikap bias 
dalam membuat undang2, macam mana ko nak harap orang
 pandang ko sebagai adil? Ini tidak mungkin lah.

Apabila sebut pasal politik, bn pun termasuk sekali sebab
 dia parti. Ada beza yang jelas antara kerajaan
 dengan bn. Kerajaan tak boleh buat undang2 terpilih dan bias
. Tak kira apa stand politik rakyat, sebagai 
kerajaan mereka kena layan seme dengan adil sebab dia
 kerajaan dan kita rakyat. Dia tak boleh pilih rakyat, 
tapi rakyat boleh pilih kerajaan. Yang neh dia tak faham kah?

Soalan : Alahh... belajar dulu lah itu yang utama.

Jawapan : Isu dia bukan belajar dulu or belajar kemudian.
 Isu dia ialah kalau sungguh nak halang berpolitik,
 maka ko halang semua sekali. Bila ko buat halangan terpilih, 
maka sila buka halangan tersebut. Biarkan
 sahaja mahasiswa neh berpolitik. Tak faham kah?

S0alan : Yang sibuk sangat nak berpolitik kenapa? 

Jawapan : Mahasiswa punya suka. Nasib baik dia sibuk nak berpolitik.
 Lainla kalau dia nak sibuk untuk
 berbogel ka, berlacur ka, mencuri ka.. yang sampai nak 
halang2 apahal? Apa pun yang mahasiswa nak buat
 selagi ia bukanlah perkara2 yang mungkar,
 tidak sepatutnya kita persoalkan keinginan mereka. 
Inilah kebebasan namanya. Mereka patut ada hak itu.

Soalan : Sedar sikit.. korang diberikan amanah 
untuk belajar.. bukan untuk berpolitik.

Jawapan : Politik juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. 
Macam2 boleh kita belajar menerusi
 politik beb. Ko ingat belajar hanya boleh dibuat melalui buku?
 Apabila kita sebut belajar.. ia ada banyak 
kaedah. Melalui buku hanyalah 0.000000001 cara belajar di dunia neh. 
Sebenarnya ada berjuta2 cara lain
 untuk belajar. Berpolitik pun belajar juga.

Soalan : Sibuk berpolitik tapi akedemik kemana .. perlu kah?

Jawapan : Inilah silap faham terbesar sekali di kalangan masyarakat. 
Mahasiswa yang sibuk neh ada macam2
 peel. Ada sesetengahnya sibuk dengan konsert dan bersosial. 
Yang itu tidak pula korang canangkan bagai, 
apahal? Yakin kah merit dorang cemerlang? 

Soal kecemerlangan neh takde kena mengena dengan 
menghalang mahasiswa daripada berpolitik. Apabila dia
 cemerlang, samada dia terlibat dengan politik atau tidak
, dia tetap cemerlang. Soal cemerlang ialah hal yang
 lain. 

Soal berpolitik ialah hal yang lain pula. Neh dua perkara 
yang sangat berbeza. Kalaupun ada mahasiswa yang 
tidak cemerlang sebab berpolitik contohnya saiful bukhari
 azlan itu adalah masalah pengurusan masa dia 
sendiri. Bukan pasal politik tapi pasal kelemahan diri sendiri. 

Soalan : Tapi fikirlah perasan mak bapak.. hantar 
anak soh belajar.. ubah masa depan..
Jawapan : Ya.. berpolitik juga belajar. Budak2 neh tidak
 lari dari landasan hidup dengan menjadi gay or
 beranak luar nikah. Mak bapak boleh faham anak2 yang
 berpolitik [asal tidak taksub or emosi bagai].
 Aku percaya ramai mak bapak boleh terima anak2
 mereka aktif berpolitik daripada bersosial beb. 

Dan melalui politik juga, masa depan bukan sahaja boleh
 diubah malahan dibentuk. Ini bermakna kuasa
 kita lebih luas sebab dulu2 hanya boleh ubah masa depan
 tapi sekarang kita selangkah ke hadapan
 dengan membentuk masa depan. Bukan kah membentuk 
masa depan lebih bagos daripada mengubah? 

Contoh ;

Mahasiswa yang tidak dibenar berpolitik = terpaksa
 setuju apa sahaja yang kerajaan usulkan
 sebab tertakluk kepada peraturan dan etc = terima masa depan 
[sistem + dasar kenegaraan] 
yang dijanjikan kerajaan bulat2.

Mahasiswa yang dibenar berpolitik = dibenar bersetuju 
or tidak bersetuju dengan apa2 perkara
 yang diusulkan oleh kerajaan = menjadi sebahagian 
dari mereka yang mencorakkan masa depan.

So mana satu lebih baik? Menjadi sebahagian dari
 mereka yang menentukan dasar or menjadi sebahagian 
dari mereka yang hanya boleh menerima dasar semata2? 

Soalan : Fikir sikit jasa kerajaan pada korang, 
Nak belajar pun guna duit kerajaan beb.
Jawapan : Sebab fikir kerajaan punya jasa lah maka mahasiswa
 neh harus dibiarkan berpolitik. Biarkanlah
 mahasiswa neh turut menyumbang jasa dengan menjadi sebahagian
 daripada penentu masa depan negara. 
At least mahasiswa2 neh ada benda yang boleh difikirkan 
daripada melangut layan hiburan dan dunia 
sosialseks beb.

Bercakap pasal duit untuk belajar, ia bukan duit kerajaan
. Ia bukan sesuatu yang kerajaan perlu ungkit. 
Dah pinjam kena bayar. Ia bukan datang percuma
. Ia perlu bayar semula. Jangan bercakap seolah2 
mahasiswa neh diberikan remote percuma oleh bien dan
 duduk goyang kaki dan ilmu masuk ke 
dalam akal dengan hanya menekan remote. Dan selepas
 itu tiba2 kena cakap tenkiu bien. Ini keji bhai.

Mahasiswa2 neh seme berusaha. Nak dapatkan pinjaman 
pun mereka berusaha. Nak kurangkan bunga 
pun mereka berusaha. Nak dapat kredit bagos pun mereka usaha.
 Lepas tue dapat biasiswa pun atas usaha.

Apa sahaja yang mereka raih hari neh atas usaha mereka. 
Ia tidak datang bergolek. Bukan bila
 terus masuk u or kolej, pinjaman terus masuk. 
Or biasiswa terus mari. Takde. Mereka usaha
 pergi pohon pinjaman. Dan mereka usaha juga bayar balik pinjaman. 
Sama macam mereka
 usaha pohon biasiswa. Jadi apa point ko bising cakap 
seolah2 pinjaman tue adalah benda 
yang mereka dapat terus dan tak perlu bayar sampai bebila? 
Dan apa hak ko mengungkit 
biasiswa2 yang diberikan atas kecermerlangan akal2 student2 neh?

Harus diingat juga, pinjaman neh datang dari duit rakyat.
 Jika majoriti rakyat tidak mengungkit, 
maka kerajaan juga jangan sibuk melalui suara minoriti 
yang jelas bias. Silap2 mereka yang
 mengungkit neh cukai satu hapa pun tak payah.
 Tah2 sendiri yang ditanggung oleh keluarga sendiri. Heh.

Soalan : Kenapa nak berpolitik lawan kerajaan? 
Itu sebabnya mahasiswa tak boleh politik. 
Kalau sungguh hargai kerajaan kenapa nak lawan kerajaan?
Jawapan : Berpolitik bukan untuk lawan kerajaan. 
Tapi untuk lawan kezaliman dan dasar2 mengarut. 
Mahasiswa juga berhak zahirkan pendirian mereka
 tanpa perlu rasa takut kepada mana2 pihak sebab 
ini adalah demokrasi dan hak setiap orang di malaysia.
 Kerajaan juga bukanlah maksum. Dia bukan 
Nabi saw so janganlah perasan bahawa mereka akan betul sentiasa.
 Maka, suka tak suka kerajaan
 kena biarkan mahasiswa neh menyalur pandangan dengan bebas.

Bukan semua dasar dan polisi kerajaan neh telus dan 
menepati kehendak rakyat. Contoh mudah ; 

Seseorang yang suka makan cili, sudah tentu 
tak berapa best bila makan benda yang tak pedas. 
Jadi dia akan sentiasa pilih makan2 yang bercili.

tapi

Keadaan neh berbeza pula dengan seseorang
 yang tak suka makan cili.. jadi

Oleh kerana bn ialah parti yang memerintah malaysia, 
maka sudah tentulah bn akan melantik proksi2
 mereka dalam kerajaan yang selevel dan sepemikiran
 dengan mereka bila menentukan dasar. Belum
 tentu dasar yang mereka  tetapkan menepati apa yang
 diperlukan. Sebab itulah kita ada ruang untuk
 berpolitik. Supaya boleh salurkan perbezaan dan pandangan 
kita. Mahasiswa juga perlu diberikan 
saluran yang sama. Sebab mahasiswa neh bakal memerintah
 negara. Lebih cepat mereka memahami bagaimana boleh
 menentukan dasar negara adalah lebih
 baik sebab mereka boleh membantu menambahbaikkan 
sistem dan polisi negara. Luar dan dalam kampus.
 Mahasiswa neh haruslah bebas bersuara sepenuhnya tanpa ditekan. 

Menekan pandangan seseorang tidak akan mengubah ahti 
dan pemikiran seseorang. Seseorang itu
 mungkin tidak akan tegar bercakap depan2 tetapi dia berani 
cakap belakang2. Dan belakang2 neh lah
 yang akhirnya boleh menyebabkan kerajaan hilang kepercayaan
 suara anak muda. Ini ialah kesalahan
 kerajaan sendiri, jangan salahkan mahasiswa yang memberontak
 tapi salahkan diri sendiri yang menekan. 

Soalan : Tak perlu berpolitik. Dorang hanya pandai demo susahkan orang jek.

Jawapan : Jangan risau. Andai di ajar dan diberikan
 peraturan, mereka juga pasti akan ikut dan menerima 
faham garis panduan neh. Ia perlukan usaha untuk 
mengubah tingkah laku dan emosi mereka. Ia sesuatu
 yang boleh kita ubah. Ia bukan masalah besar pun 
sampai nak halang mahasiswa daripada berpolitik.
 Rakyat di malaysia neh majoriti mereka bertamadun.
 Bersangka baiklah pada masyarakat sendiri.

Soalan : Pokoknya.. mahasiswa tidak dibenar politik.. 
sebab lama2 seme termakan dengan hasutan
 pembangkang.


Jawapan : Nah.. inilah jawapan sebenarnya. Bukanlah 
kerajaan fikir pasal masa depan anak2 muda neh.
 Bukanlah kerana anak muda neh tidak cemerlang
 dalam akedemik. Bukan pula kerana anak muda neh tidak
 kenang budi, apatah lagi ia bukan pasal pinjaman.
 Tetapi seme neh dibuat sebab kerajaan takut hilang kuasa
. Kerajaan tidak yakin anak muda akan sokong mereka
. Jika kerajaan open dalam membiarkan mahasiswa 
neh berpolitik, kerajaan percaya bahawa
 mereka akan kehilangan sokongan yang besar dari anak muda. 
Bahkan dari rakyat malaysia itu sendiri.
 Bukan lah kerana pembangkang neh suka menghasut, ia adalah 
disebabkan kerajaan sendiri yang terang
 lagi jelas menipu dalam setiap apa yang mereka sampaikan kepada
 rakyat di luar sana. 

Lebih tepat, setelah bertahun2 lama nya mereka menipu rakyat melalui
 media massa, mungkin faktor itu 
sudah tidak boleh mempertahankan mereka lagi apabila mahasiswa
 di izin berpolitik. Bila mahasiswa sudah 
dizinkan untuk berpolitik, mereka akan terdedah dengan pelbagai 
perkara. Dan salah satunya, mahasiswa 
akan mula berfikir untuk membezakan mana satu salah dan mana 
satu betul. Dan bila mereka sudah pandai 
bezakan yang itu, dan automatik tanpa perlu 
disuruh mereka sendiri akan tidak akan condong kepada kerajaan.
 Ia perlukan seseorang itu menjadi jahat
, untuk dilihat sebagai jahat. Yang neh kerajaan, kena faham.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)