KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN
MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis
laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada
langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit
ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut
al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya
sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan
aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah
s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."
Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak
sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat
mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang
mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua
kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak
ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat
indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan
kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas
punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera,
kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya
terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu,
taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh
helai.
Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari
langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t.melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya
sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak
ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka
menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab,
"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah
s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua
tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun
berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga
disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan
atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata
lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah
s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak
baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis
laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman
dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman
lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama
dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan
memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke
arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang
jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra
ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di
antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau
yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan
anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada
mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
_ jom bersama ISLAM_