Tuesday 9 October 2012

MERIALISASIKAN FIQH AULAWIYYAH..





FIQH AULAWIYAT ialah meletakkan sesuatu mengikut kedudukan secara adil. 



Maknanya segala jenis hukum, amal dan nilai dalam islam terikat dengan fiqh Aulawiyat, yang seharusnya didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara keatas suatu perkara yang lain. 



Suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan,sementara sesuatu yang wajar dikemudiankan, hendaklah dikemudiankan. 



Begitu juga, perkara yang kecil tidak wajar diperbesarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudahkan.Maknanya setiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya. 



Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan supaya kamu jangan melampaui batas terhadap neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan jangan lah kamu mengurangi neraca itu.”(surah ar-Rahman, ayat 7 hingga 9) 



Beberapa ilmuan islam seperti al-Ghazali, Yusuf al-Qardawi, Dr Taha Jabir al Auni, Dr Hasan al Turabi 

Dan Rashid al-Ghanusi menekankan mengenai keperluan masarakat Islam untuk memahami perspektif baru dalam memahami Fiqh Aulawiyat. 


Ia tidak seharusnya terikut dengan takrif tradisional semata-mata, tetapi melalui konsep fiqh. 



Fiqh Aulawiyat berkait rapat dengan Fiqh Muaznah, iaitu hak seseorang berkelayakan untuk membuat pertimbangan memilih antara masalih (kebaikan) dan manafi’ (manfaat). 



Fiqh muaznah turut bertujuan memilih apakah yang dimaksudkan mafasid (keburukan) dengan mudhar (mudarat) sekaligus memberi ruang membuat pertimbangan paling tepat dalam memilih diantara perkara masalih atau mafasid.




Antara bentuk krisis minda yang berlaku di kalangan umat Islam ialah mereka gagal memahami keutamaan antara hukum di dalam agama Islam. Umat Islam, lebih teruk lagi mereka yang berpendidikan agama, sering kali tidak dapat membezakan antara yang lebih penting dan yang kurang penting atau aspek mana perlu didahulukan dan aspek mana yang boleh ditangguhkan dahulu. Seperti yang kita semua tahu, di dalam Islam, setiap perkara sentiasa dikaitkan dengan hukum, manakala hukum yang wujud itu pula tidak semestinya berada pada tahap yang sama. Antara hukum itu ada yang wajib, ada yang sunat, harus, makruh dan ada yang haram. Setiap satu hukum yang disebutkan itu berada pada kedudukan tertentu yang mesti difahami baik-baik. Selain hukum asas yang disebutkan tadi, terdapat bentuk-bentuk hukum yang lebih spesifik seperti wajib ain, wajib kifayah, sunat muakkad, sunat ghairu muakkad, makruh tahrim, makruh tanzih dan lain-lain. Bahkan antara hukum tadi juga berbeza bergantung kepada sumber yang menjadi sandaran hukum. Ada hukum yang bersumberkan dalil yang putus (qat’i) dan ada yang tidak putus (zanni). Justeru, menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, setiap umat Islam perlu memahami aspek-aspek keutamaan antara hukum secara komprehensif. Memahami keutamaan ini diistilahkan oleh Dr Qardhawi sebagai Fiqh al-Awlawiyyat. 



Seharusnya kita akur, bahawa kita tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa. Sering terjadi, pada satu masa kita perlu melakukan dua perkara penting, tetapi masa yang ada hanya membenarkan kita melakukan satu perkara sahaja. Ketika inilah kita dapat rasakan bahawa betapa pentingnya menilai sesuatu mengikut kepentingannya. Sebagai contoh, ibadah haji adalah wajib, tetapi ia memerlukan belanja yang tidak sedikit. Pada masa yang sama, kita mempunyai anak yang perlu ditanggung makan dan minum, dan perlu dihantar untuk menuntut ilmu. Mana satu yang perlu didahulukan? Makan minum adalah keperluan asas untuk hidup, manakala ilmu adalah asas untuk beribadah dan berkhidmat. Kedua-duanya wajib dan haji juga adalah satu rukun Islam asas yang wajib. Logik akal kita dapat menilai, keperluan makan dan minum adalah keperluang mendesak, manakala ibadah haji ialah kewajipan juga tetapi tidak mendesak. Wang untuk haji boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit, lebihan kegunaan kepada keperluan asas yang mendesak itu. Ini adalah contoh mudah, yang boleh difahami oleh semua orang. 



Namun sesetegah orang sanggup menunaikan haji kali kedua, pada masa yang sama adik beradiknya yang dah tua dan tak mampu pergi haji terabai! 



Bila konsep fiqh awlawiyyat tak difahami: 

- ada yang baca doa iftitah semasa imam baca ayat quran, semata2 nak dapat sunat. Doa iftitah itu sunat, mendengar bacaan imam itu wajib. 
- Basuh anggota wuduk dalam keadaan air bercucuran. yang wajib adalah meratakan air, bagi muka, tangan dan kaki pula meratakan air dengan kadar ada lagi air yang menitis (ghasl). 
- membaca surah2 yang panjang ketika bersembahyang dalam surau yang sempit seperti di stesen bas/pasaraya tanpa menghiraukan org lain yang nak solat wajib. 
- menunaikan solat sunat dalam surau yang sempit sehingga menghalang org yang nak tunaikan yang wajib. 
- mengutamakan isu-isu cabang sehingga mengabaikan isu-isu asas. Contohnya kasih sayang antara mukmin adalah asas dalam Iman, tapi ada yang mengabaikannya semata2 nak bersegera dalam pelaksanaan undang2 jenayah Islam. Ya, benar kedua2nya wajib. Tapi wajib mana yang lebih utama. yang lebih asas. 


banyak lagi yg perlu difahami.




sunat muakkad, sunat dituntut, contohnya ialah solat sunat dua rakaat semasa masuk ke masjid.... 

sunat ghayr muakkad ialah sunat biasa... contohnya menunaikan solat sunat biasa 
makruh tahrim ialah makruh yang lebih dekat kepada haram, ia bersumberkan larangan daripada hadith yang tidak mutawatir dan masyhur, menurut mazhab hanafi... 
makruh tanzih ialah makruh yg lebih dekat kepada harus. ia asalnya harus, tapi boleh menimbulkan sedikit ketidakselesaan.



Pemikiran Seimbang 

------------------------ 


Fiqh al-Muwazanah. Memahami agama secara seimbang, iaitu dalam konsep al-Tawazun wa al-Iktidal ialah mengetahui struktur agama secara menyeluruh, walau tidak terperinci, memahami Islam bermula daripada sturuktur sumber asasnya, sehinggalah mengapa wujudnya hukum-hukum di dalam Islam. 



Dalam memahami Islam secara seimbang, asas pertama yang perlu diketahui ialah 

- SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM. Sumber hukum Islam ialah SUMBER UTAMA iaitu al-Quran dan al-Hadith. Manakalah SUMBER SEKUNDER ialah pelbagai lagi seperti Ijmak Para Sahabat, kaedah Qiyas, dan Kepentingan Awam. So, sumber UTAMA hendaklah lebih diutamakan daripada yang SEKUNDER. Setiap hukum mestilah dilihat pada asas SUMBERNYA. 


- KAEDAH MEMAHAMI SUMBER. al-Quran, atau al-Hadith tidak boleh difahami secara begitu sahaja, tanpa kaedah-kaedah yang tepat. Oleh itu, sedikit sebanyak kita perlu tahu kaedah memahami dan mendapatkan hukum dalam al-Quran dan al-Hadith. Cara yang boleh digunakan oleh UMUM ialah mengkaji pentafsiran Quran oleh ulamak silam. Manakalah kaedah utk para ahli Syariah pula menggunakan kaedah interpretasi usul fiqh. 



- MEMAHAMI FUNDEMENTAL AGAMA. Bermaksud dapat membezakan antara yang mana ASAS dalam agama dan yang mana CABANG.Rukun IMAN, rukun ISLAM dan IHSAN adalah asas dalam aqama. IMAN adalah yang paling asas. Tanpa Iman, tiadalah Islam. Selepas itu rukun Islam. Pada masa yang sama adalah rukun IHSAN, iaitu akhlak dengan Allah dan dengan manusia. Ikhlas dengan Allah, dan berkasih sayang sesama Insan, adalah tuntutan wajib. Selepas itu barulah tuntutan agama yang lain. 



- MEMAHAMI HUKUM MENGIKUT KLASIFIKASI 

seperti yang telah dijelaskan, hukum ada banyak. Fardu (sembahyang lima waktu), wajib (puasa), wajib ain (tutup aurat), wajib kifa'i (doktor), wajib mudayyaq (puasa di siang hari), wajib muwassa' (solat isyak dalam tempohnya), wajib umum sunat syiar (contohnya perkara sunat, kalau semua bersepakat meninggalkannya, ia tetap menjadi haram, kerana hilangnya syiar agama, azan), selain itu banyak bentuk lagi, spt wajib mu'ayyan, wajib ghayru mu'ayyan, mutlaq dan muaqqat. Selepas itu HARAM. ada HARAM binafsihi dan ada haram lighairihi. Selepas itu sunat,dan begitulah seterusnya. 


- MEMAHAMI PRINSIP PELAKSANAAN ISLAM 

antara prinsip2 Islam ialah: Kalau tidak mampu buat semua jangan tinggalkan semua, kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang lain, matlamat yang baik tidak akan menghalalkan cara yang tidak baik, kemudaratan lebih kecil boleh diambil andainya ia satu2 jalan menghapuskan kemudaratan yang lebih besar, menghapuskan kemudaratan lebih diutamakan daripada mencipta kebaikan, kebaikan untuk jemaah lebih utama daripada kebajikan individu, kemudaratan yang kecil boleh diambil demi mendapatkan kebaikan yang sangat besar, dan lain-lain lagi.....



ASSLAMULAIKUM 

BERGITU JUGA DALAM SOAL MEMILIH PEMIMPIN KAN? 
KLU ADA 2 CALON YANG MANA SOANG TU SAHSIAH CANTIK TAPI TAK HEBAT DARI SEGI ILMU TAPI YANG SORANG LAGI TINGGI DARI SEGI ILMU TAPI KURANG DARI SEGI SAHSIAH KEPERIBADIIANNYA.... 
JADI BLH TLNG JELASKAN DENGAN TERPERINCI TAK?


pemimpin kadang kala susah untuk mencari yang cukup benar2 kemampuan. contohnya, kalau ada yang tinggi ilmu fikah, tapi kurang pula bab2 management... kurang kemahiran pengurusan menyebabkan organisasi lemah. lepas itu, perlu juga peribadi yang baik kepada seorang pemimpin. ada yang kurang sana ada yang lebih sini. 



yang terbaik ialah melihat kepada keutamaan. mana yang lebih utama. antara pengurusan yang cekap dengan kekuatan ilmu agama? antara kemuliaan peribadi dengan kecekapan politik. hal ini bergantung kepada situasi semasa. namun dalam apa jua keadaaan, kita tetap memilih pemimpin yang baik peribadi jika diberi pilihan. 



Namun dalam konteks islam, konteks syura, atau dalam istilah demoksrasi, pemimpin bukan berkuasa sepenuhnya. Perlu ada satu syura yang terdiri daripada gabungan kepakaran yang pelbagai. tetapi yang mengetuai syura ialah yang adil, yang mampu berfikir dan mengurus syura secara adil.




bagai mana pula dalam soal perkhahwinan dimana kita sedia maklum yang bersanding ni bukan lah diajar dalam islam tetapi merupakan adat keturunan orang melayu yang mana diambil dari agama hindu... 

dari segi hukum...seperti amalan membaca yasin pada malam jumaat..adalah bida'ah tetapi ia membawa kepada kebaikan..kita sedia maklum tentang ini..jadi bagi persandingan dalam perkhahwinan yang juga bida'ah pula... 
lebih terarah kepada pembaziran....dah juga riak...iri hati/dengki... 
emmm... 
jadi bagamana jika seseorang itu tidak ingin bersanding...tetapi keluarga pihak sebelah ingin melakukan perandingan... 
jika kita berkeras ini mungkin blh memberi kesan terhadap hubungan dengan bakal keluarga tebabit dan jika tidak dilakukan persandingan 
ia merukpaka kebaikan... blh jelaskan tak?



seperti yang dijelaskan dalam topik lain, perlu ada kesimbangan pemikiran. the right equilibrium, untuk memahami keutamaan dalam agama. 



Persoalan Bid'ah dalam agama adalah bukan persoalan yang kecil sebenarnya. Ia adalah berkait rapat dengan akidah seseorang, bid'ah walaupun membawa kepada kebaikan (pada pemikiran kita) tetapi pada hakikatnya kita tidak tahu adakah ia sebenarnya kebaikan atau keburukan. 



Bid'ah hanya berkait dalam soal2 ibadah, dan seperti yang kita semua maklum, dalam ibadah, akal tidak boleh digunakan untuk menilai adakah sesuatu itu baik atau buruk. Contohnya mengapa dibasuk najis mughallazah sebanyak tujuh kali, kalau dikira, sepuluh kali pun mungkin lebih bersih. Mengapa subuh hanya dua, kan baik kalau empat atau lima. 

Di sini, dalam ibadah, tak boleh dipertikai, tak boleh ditambah, tak boleh direka-reka. Seperti membaca yasin pada malam jumaat, hal ini tidak pernah diwujudkan oleh nas yang mengkhususkan malam jumaat dengan surah yasin. Membaca yasin memang elok, tapi mengkhususkan yasin dengan kelebihan tertentu pada malam jumaat adalah bukan tugas manusia, ia adalah peranan penentu syariat iaitu Allah s.w.t. sahaja. Malam jumaat, bacalah quran, atau apa saja, atau terdapat hadith yang menyatakan kelebihan membaca surah al-kahfi pada malam jumaat, bukan yasin. 


Inilah perlunya keimbangan pemikiran, ada perkara yang akal perlu digunakan, terutama dalam konteks muamalah. tapi dalam ibadah, perlu tunduk menyerah pada Allah, nas daripadaNya. 



Persandingan. 



Persandingan pada asalnya adalah budaya masyarakat melayu. Namun seperti yang kita tahu, asal agama orang Melayu sebelum Islam adalah hindu, lantas menerima Islam sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama menolak sedikit demi sedikit budaya Melayu lama yang bercanggah dengan Islam, dan mengekalkan mana2 budaya yang selari dengan Islam. 



Persandingan pada umumnya bersalahan dengan Islam, kerana ia mempamerkan wajah2 wanita terutama membuka aurat. Namun kadang kala orang tua tak faham benda2 begini, mereka nak kekalkan adat. Biar mati anak, jangan mati adat. (bila anak dah mati, sapa nak jaga adat?) 

Allah dah pesan, tiada ketaatan pada maksiat. Tak kiralah ia membawa kepada mudarat andainya ia jelas melanggar NAS. 


Mungkin pada pemikiran kita, kalau tak buat persandingan, berkeras, orang tua akan tak redha anak dia. Tapi redha orang tua, kalau bercanggah dengan nas syariat, memang tidak ada gunanya dan tidak perlu dijaga. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bercanggah dengan nas yang jelas dan putus. 



Namun, kalau persandingan tetap nak dilakukan juga, kita boleh buat dengan mengubah biar kena dengan syariat Islam sikit. Yakni buatlah persandingan di tempat yang agak terlindung seperti di bilik pengantin atau dalam rumah. Pastikan aurat dijaga, terutama pengantin wanita. 



Namun andainya seseorang itu terpaksa membuka aurat semata2 kerana nak jaga hubungan dengan ibu bapa, itu sudah bercanggah antara nas putus dan jelas. Di sini Allah mesti diutamakan oleh manusia. 



Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Pages

Blogger news

Powered by Calendar Labs

Blogger templates

Pages - Menu

Tinggalkan pesanan anda =)